Skip to content
Diploma Al-Quran dan Al-Hadis

 

PENGENALAN

Jabatan Al-Quran dan Al-Sunnah adalah jabatan yang menitikberatkan kajian mengenai Al-Quran dan Al-Sunnah Rasulullah S.A.W. di samping pelajaran lain. Al-Quran mempunyai pelbagai ilmunya yang perlu di dalami, begitu juga Hadis. Untuk mengkaji Al-Quran dan Al-Sunnah diperlukan pula ilmu-ilmu lain dan hanya melalui ilmu itu dapat mendalami Al-Quran dan Al-Sunnah.

Jabatan ini menyediakan pelbagai ilmu untuk membantu bagi mengkaji Al-Quran dan Al-Sunnah di samping prasarana bagi memudahkan perjalanan kajian dan pendidikan. Jabatan ini juga menjadi sumber rujukan bagi kajian-kajian seperti Syariah, Tauhid atau Usuluddin juga ilmu-ilmu sains dan lain-lainnya.

OBJEKTIF KURSUS

  • Para pelajar dapat meletakkan Al-Quran dan Al-Sunnah sebagai sumber rujukan utama di dalam hukum syarak.
  • Para pelajar dapat memahami dengan lebih mendalam lagi ilmu-ilmu berkaitan Al-Quran dan Al-Sunnah.
  • Melahirkan para pelajar yang berupaya mengistimbatkan dan mengeluarkan hukum-hukum syarak bersumberkan Al-Quran dan Al-Sunnah.
  • Melatih para pelajar agar mampu menghafaz sejumlah tertentu Al-Quran dan Al-Sunnah.
  • Melahirkan generasi yang beramal mengikut tuntutan Al-Quran dan Al-Sunnah.

SYARAT KEMASUKAN

  • Lulus SPM / STPM / STAM dan yang setaraf dengannya serta kredit Bahasa Arab dan Bahasa Melayu ( SPM ).

SUBJEK YANG PERLU DIAMBIL

TEMPOH PENGAJIAN

Tempoh pengajian untuk mendapatkan Diploma ialah sekurang-kurangnya 3 tahun ( 6 semester ) dan tidak melebihi 5 tahun ( 10 semester ). Pelajar yang mendapat Diploma layak menyambung pengajian peringkat Ijazah di Universiti Al-Azhar tahun 3 atau 4 dan Diploma Lanjutan KUSZA ( setaraf dengan ijazah ).

YURAN PENGAJIAN

 

 

BILYURAN JUMLAH (RM)
1
Pendaftaran
30.00
2
Perkhidmatan
30.00
3
Cagaran Asrama*
50.00
4
Perpustakaan dan Komputer
50.00
5
Takaful 
20.00
6
Kad Pelajar
15.00
7
Ko Kurikulum
30.00
8
Suaikenal*
15.00
9
Permai (Perwakilan Mahasiswa IPTIPs)
10.00
10
Pakaian Rasmi*
60.00
11
Pengangkutan
150.00
 12
Pengajian  
750.00 
 13
 Asrama
 250.00
JUMLAH
1,460.00

 

 

Hebahan

Wednesday, 17 February 2010
LAWATAN MQA
Wednesday, 30 December 2009
Bengkel Pemantapan IPTIPs
Tuesday, 03 November 2009
.

Kalendar


Statistik Pelawat

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterToday35
mod_vvisit_counterYesterday67
mod_vvisit_counterThis week492
mod_vvisit_counterThis month35
mod_vvisit_counterAll36889