You are here:: Graduasi Cara Kemasukan IPTIPs
 
 

Cara Kemasukan IPTIPs

Terdapat banyak pertanyaan tentang cara kemasukan ke IPTIPs di dalam Email kami,

Di sini akan diterangkan proses atau cara kemasukan pelajar baru ke Institut Pengajian Tinggi Islam Perlis (IPTIPs)


Pertama : Muat Turun (download) borang kemasukan IPTIPs di laman web.

Kedua : Isi borang tersebut, sertakan Sijil-sijil yang berkaitan yang telah disahkan (SPM, STAM) juga salinan IC.

Ketiga : Hantar Borang & Sijil-sijil) melalui Pos ke alamat : Insitut Pengajian Tinggi Islam Perlis, Jalan Guar Jentik, 02400 Beseri, Perlis. Atau scan borang dan sijil dan hantar melalui Email: This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it

Keempat : Tunggu surat tawaran yang akan IPTIPs hantar kepada anda(pemohon).

Kelima : Datang ke IPTIPs dan daftar pada hari pendaftaran, bawa sekali yuran pengajian pada hari pendaftaran.

 

 

Untuk pertanyaan dan keterangan lanjut anda boleh telefon IPTIPs : 04 9384801

Atau Email IPTIPs di hubungi kami dengan menyertakan Email anda supaya kami boleh balas Email tersebut.