You are here:: Graduasi Senarai Program
 
 

Senarai Program di IPTIPs

SISTEM PENGAJIAN

Kemasukan IPTIPs

IPTIPs mengamalkan sistem pengajian Semester, iaitu dalam satu tahun pengajian dibahagikan kepada 2 semester. Pelajar-pelajar akan mengikuti pembelajaran secara kuliah, tutorial, perbincangan dan amali serta kerja kursus. Amali dan kerja kursus mempunyai nilai markah sebanyak 40%, manakala peperiksaan akhir semester mempunyai nilai markah sebanyak 60%. Jumlah markah untuk satu semester dikumpul dan dikenali sebagai purata nilai gred (PNG). Penilaian pencapaian seseorang pelajar, dinilai keseluruhannya iaitu dicampur PNG setiap semester (6 Semester) untuk mendapatkan Himpunan Purata Nilai Gred (HPNG). Jumlah markah HPNG akan menentukan pencapaian seseorang pelajar untuk dianugerahkan Diploma mengikut bidang pengajian.

TEMPOH PENGAJIAN

Tempoh pengajian untuk mendapatkan Diploma IPTIPs ialah selama 6 Semester (3 Tahun). Pengambilan pelajar baru akan dibuat dua kali setahun, iaitu bulan Januari dan bulan Julai. Iklan pengambilan pelajar baru dikeluar di dalam akhbar-akhbar tempatan pada bulan November dan Mei setiap tahun.

SENARAI PROGRAM

SENARAI PROGRAM SEDIA ADA

  • Diploma Usuluddin (Dip. In Islamic Theology)
  • Diploma Al-Quran Wal-Hadith (Dip. In Koran and Hadith)
  • Diploma Syariah (Dip. In Islamic Jurrisprudence)
  • Program STAM - Sijil Tinggi Agama Malaysia
  • Program Pra STAM

SENARAI PROGRAM BAKAL DIPERKENAL JUN 2010

  • Diploma Usuluddin dan Perubatan Alternatif Islam (Dip. In Islamic Theology and Islamic Alternatif Medicine)
  • Diploma Al-Quran Wal-Hadith dan Perubatan Alternatif Islam (Dip. In Koran and Hadith and Islamic Alternatif Medicine)
  • Diploma Syariah dan Perubatan Alternatif Islam (Dip. In Islamic Jurrisprudence and Islamic Alternatif Medicine)
  • Diploma Perubatan Tradisional dan Rawatan Pelengkap (Dip. In Traditional and Complementary Medicine)
  • Diploma Bahasa Arab dan Pelancongan (Dip. In Arabic and Tourism)

SENARAI BIDANG YANG BAKAL DIPERKENAL MENJELANG 2015

  • Ekonomi dan Muamalat (Economy and Islamic Transactions)
  • Perakaunan (Accountancy)
  • Pengurusan Halal (Halal Management)
  • Dakwah, Pengurusan dan Kepimpinan Islam (Da'wah, Management and leadership of Islam)
  • Dakwah, Teknologi Maklumat dan Komunikasi Media Massa (Da'wah, Information Technology and Mass-Comunication)
  • (Setelah mengalami proses transformasi kepada Kolej Universiti Ulil Albab Sirajuddin Jamalullail – KUSIRAJ)


Program Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM)

Diploma Al-Quran dan Al-Hadis

Diploma Usuluddin

Diploma Syariah