You are here:: Graduasi Senarai Program Diploma Al-Quran dan Al-Hadis
 
 

Diploma Al-Quran dan Al-Hadis

PENGENALAN

Jabatan Al-Quran dan Al-Sunnah adalah jabatan yang menitikberatkan kajian mengenai Al-Quran dan Al-Sunnah Rasulullah S.A.W. di samping pelajaran lain. Al-Quran mempunyai pelbagai ilmunya yang perlu di dalami, begitu juga Hadis. Untuk mengkaji Al-Quran dan Al-Sunnah diperlukan pula ilmu-ilmu lain dan hanya melalui ilmu itu dapat mendalami Al-Quran dan Al-Sunnah.

Jabatan ini menyediakan pelbagai ilmu untuk membantu bagi mengkaji Al-Quran dan Al-Sunnah di samping prasarana bagi memudahkan perjalanan kajian dan pendidikan. Jabatan ini juga menjadi sumber rujukan bagi kajian-kajian seperti Syariah, Tauhid atau Usuluddin juga ilmu-ilmu sains dan lain-lainnya.

OBJEKTIF KURSUS

  • Para pelajar dapat meletakkan Al-Quran dan Al-Sunnah sebagai sumber rujukan utama di dalam hukum syarak.
  • Para pelajar dapat memahami dengan lebih mendalam lagi ilmu-ilmu berkaitan Al-Quran dan Al-Sunnah.
  • Melahirkan para pelajar yang berupaya mengistimbatkan dan mengeluarkan hukum-hukum syarak bersumberkan Al-Quran dan Al-Sunnah.
  • Melatih para pelajar agar mampu menghafaz sejumlah tertentu Al-Quran dan Al-Sunnah.
  • Melahirkan generasi yang beramal mengikut tuntutan Al-Quran dan Al-Sunnah.

SYARAT KEMASUKAN DIPLOMA AL-QURAN DAN HADIS (KR8307)

  • Lulus SPM dengan mendapat sekurang-kurangnya 3 mata pelajaran kredit serta lulus Bahasa Melayu dan Bahasa Arab; ATAU
  • Lulu Sijil tinggi Agama Malaysia (STAM);ATAU
  • Lulus Sijil Tinggi dari mana-mana pemberi Pendidikan Tinggi (PPT) yang diiktiraf dalam bidang berkaitan; ATAU
  • Kelayakan-kelayakan yang diiktiraf setara dengannya oleh Kerajaan Malaysia

TEMPOH PENGAJIAN

 

 

Borang Permohonan

YURAN PENGAJIAN

BILYURAN JUMLAH (RM)
1
Pendaftaran
30.00
2
Perkhidmatan
30.00
3
Cagaran Asrama*
50.00
4
Perpustakaan dan Komputer
50.00
5
Takaful
20.00
6
Kad Pelajar
15.00
7
Ko Kurikulum
30.00
8
Suaikenal*
15.00
9
Permai (Perwakilan Mahasiswa IPTIPs)
10.00
10
Pakaian Rasmi*
60.00
11
Pengangkutan
150.00
12
Pengajian
750.00
13
Asrama
250.00
JUMLAH
1,460.00