You are here:: Graduasi Senarai Program Diploma Usuluddin
 
 

Diploma Usuluddin

PENGENALAN

Maklumat- maklumat asas ini merangkumi semua aspek yang berkaitan dengan kursus pengajian Diploma Usuluddin.

OBJEKTIF KURSUS

  • Graduan dapat memahami dan mendalami tentang aqidah dan tauhid.
  • Graduan dapat memahami falsafah Islam dan falsafah-falsafah lain bagi pembinaan masyarakat Islam.
  • Graduan dapat memahami ideologi secara perbandingan bagi membuktikan Addin adalah cara hidup yang sempurna.
  • Melahirkan dai`e yang lengkap dengan pelbagai ilmu.
  • Melahirkan kader-kader bakal membangunkan umat Islam dari segi ketabahan, kekuatan iman dan kerohanian.

BAHASA PENGHANTAR

  • Bahasa Arab.

TARAF PERLAKSANAAN

  • Kursus  dalaman yang dirancang dan dikendali oleh IPTIPs.

TATACARA MENGENDALIKAN KURSUS PENGAJIAN

Tatacara yang digunakan dalam mengendalikan pengajaran dan pembelajaran bagi kursus ini adalah:

  1. Pengajaran melalui bilik kuliah (Konvensional).
  2. Penulisan  kerja kursus.

TEMPOH PENGAJIAN

  • 6 semester (3 tahun)

KEPERLUAN KREDIT UNTUK PENGANUGERAHAN

  • Keperluan kredit untuk bergraduat: 91 jam

KELAYAKAN KEMASUKAN DIPLOMA USULUDDIN

  • Lulus Sijil Pelajaran Malaysia(SPM) dengan mendapat sekurang-kurangnya tiga(3) kredit serta lulus Bahasa Melayu dan Bahasa Arab; ATAU
  • Lulus Sijil Tinggi Agama Malaysia(STAM);ATAU
  • Lulus sijil dari mana-mana Pemberi Pendidikan Tinggi (PPT) yang diiktiraf dalam bidang berkaitan; ATAU
  • Kelayakan-kelayakan lain yang diiktiraf setara dengannya oleh Kerajaan Malaysia

INSTITUT PENGANUGERAHAN KELAYAKAN AKADEMIK

  • Dikeluarkan sendiri oleh Institut Pengajian Tinggi Islam Perlis.

PECAHAN WAJIB, MAJOR DAN ELEKTIF

Bil Pecahan Klasfikasi Mata Pelajaran Jam Kredit Peratusan
1 Wajib MQA 9 9.9%
2 Wajib Institut 36 39.6%
3 Major 40 43%
4 Minor 4 4%
5 Elektif 4 4%
91 100%

 

Borang Permohonan

YURAN PENGAJIAN

 

BILYURAN JUMLAH (RM)
1
Pendaftaran
30.00
2
Perkhidmatan
30.00
3
Cagaran Asrama*
50.00
4
Perpustakaan dan Komputer
50.00
5
Takaful
20.00
6
Kad Pelajar
15.00
7
Ko Kurikulum
30.00
8
Suaikenal*
15.00
9
Permai (Perwakilan Mahasiswa IPTIPs)
10.00
10
Pakaian Rasmi*
60.00
11
Pengangkutan
150.00
12
Pengajian
750.00
13
Asrama
250.00
JUMLAH
1,460.00