You are here:: Hal Ehwal Pelajar Akta dan Peraturan
 
 

Akta dan Peraturan

Peraturan Pelajar ini dibuat agar lebih memenuhi tuntutan penghayatan nilai agama, pengembangan suasana ilmu, mutu penglibatan dan ketrampilan pelajar secara bersepadu supaya menjadi pelajar yang cemerlang.

PENGENALAN

1. Institut Pengajian Tinggi Islam Perlis (IPTIPs) ialah sebuah IPTS milik penuh Yayasan Islam Perlis (YIPs)

2. Setiap pelajar adalah tertakluk kepada Akta Universiti dan Kolej Universiti (Akta 1971) dan peraturan-peraturan yang ditetapkan oleh pengurusan IPTIPs.

3. Pihak pengurusan institut pada bila-bila masa atau dari masa ke semasa berhak mengubal, membuang, menambah atau membatal mana-mana peraturan jika difikirkan perlu.

PERKARA-PERKARA AM

1. Segala bentuk ‘ragging’ adalah diharamkan dan dilarang keras. Pelajar yang didapati melanggar peraturan ini boleh dikenakan hukuman maksimum.

2. Setiap pelajar bertanggungjawab memelihara harta benda Institut. Pelajar yang merosakkan harta benda Institut adalah melakukan kesalahan tatatertib dan pihak IPTIPs berhak menuntut gantirugi daripada pelajar yang bersalah tanpa dibicarakan kesnya atas harga yang ditetapkan oleh Rektor atau atas harga pasaran.

3. Pelajar digalakkan menggunakan Bahasa Arab dan Bahasa Inggeris semasa berada dalam kampus.

4. Pelajar-pelajar dilarang menyertai, mengambil bahagian dan menyokong politik kepartian.

5. Pelajar tidak dibenarkan bergaul/berhubung dengan orang luar yang secara lansung atau tidak langsung boleh mendatangkan kesan buruk kepada Institut.

6. Sebarang bentuk kegiatan dan aktiviti yang dianjurkan hendaklah mendapatkan kebenaran Rektor.

7. Setiap pelajar dikehendaki menjelaskan semua jenis yuran dan bayaran pada hari pendaftaran atau selewat-lewatnya dua minggu dari tarikh pendaftaran.
7.1 Pelajar yang masih menanggung yuran tertunggak diminta menyelesaikannya dengan segera.
7.2 Pelajar yang menghadapi masalah menjelaskan yuran pengajian dan yuran tertunggak diminta berjumpa dengan Rektor.

KOKURIKULUM

1. Semua pelajar IPTIPs secara automatik menjadi ahli Persatuan Mahasiswa Institut Pengajian Tinggi Islam Perlis (PERMAI).

2. Pelajar hendaklah memberi keutamaan kepada aktiviti-aktiviti oleh persatuan atau kelab yang terdapat di IPTIPs.

3. Pelajar hendaklah mematuhi jadual aktiviti yang ditetapkan.

4. Ketika menjalankan aktiviti kokurikulum, perhatian hendaklah diberikan pada aspek keselamatan, peraturan berpakaian yang bersesuaian, disiplin dan tatacara aktiviti.

5. Semua aktiviti kokurikulum terhad kepada yang disusun atau dipersetujui pihak IPTIPs secara rasmi. Kegiatan dan aktiviti di luar program rasmi tersebut adalah dilarang.

MORAL DAN SOSIAL

1. Pelajar lelaki dan perempuan tidak dibenarkan berada dalam keadaan yang boleh mendatang syak.

2. Semua pelajar dilarang merokok.

3. Pelajar hendaklah sentiasa menghormati semua pegawai dan kakitangan IPTIPs, tetamu dan pelawat.

4. Pelajar lelaki tidak boleh meniru kelakuan seperti pelajar perempuan, demikian juga sebaliknya. Semua pelajar hendaklah menjaga disiplin supaya tidak menjejaskan nama, reputasi dan imej IPTIPs sebagai sebuah institusi yang berteraskan pendidikan Islam.

PERATURAN BERPAKAIAN

1. Semua pelajar hendaklah berpakaian kemas dan sesuai dengan keperibadian pelajar pengajian tinggi Islam.

2. Ketika berada di blok kuliah, berurusan dengan pejabat pentadbiran, perpustakaan, bilik komputer dan kuliah, pelajar hendaklah berpakaian kemas (selipar dan kemeja T tidak berkolar tidak dibenarkan) .

3. Pelajar lelaki hendaklah berpakaian sukan ketika menjalankan aktiviti sukan, pelajar perempuan pula, hendaklah memakai track bottom dan kemeja T berlengan panjang.

4. Pelajar lelaki dilarang memakai pakaian yang terlalu besar (over size) , koyak, lusuh dan mempunyai tulisan atau gambar yang membawa makna liar atau kurang sopan.

5. Rambut pelajar lelaki hendaklah :
5.1 Tidak boleh melepasi kolar baju, tidak berikat atau tidak bertocang.
5.2 Hendaklah dipotong sempurna dan sesuai dengan identiti seorang lelaki.
5.3 Tidak dibenarkan mengubahsuai warna rambut.

ASRAMA

Peraturan mengenai asrama siswa/siswi IPTIPs ini dibuat agar lebih memenuhi tuntutan penghayatan nilai agama, pengembangan suasana ilmu, peninggkatan mutu penglibatan dan keterampilan pelajar secara sepadu.

1. PENDAFTARAN ASRAMA

1.1 Semua pelajar IPTIPs adalah wajib tinggal di asrama yang disediakan.
1.2 Para pelajar dikehendaki mendaftarkan diri dengan melengkapkan segala butir peribadi di dalam borang pendaftaran pelajar asrama.
1.3 Hanya pelajar yang mendaftar sahaja boleh tinggal dan bermalam di asrama.

2. PERATURAN ASRAMA

2.1 Setiap pelajar dikehendaki mematuhi peraturan dan rupadiri pelajar IPTIPs.
2.2 Menggunakan kemudahan-kemudahan yang disediakan dengan baik.
2.3 Rumah dah bilik tidur mesti berada dalam keadaan bersih dan kemas sepanjang masa.
2.4 Tilam mesti bercadar dan bantal hendaklah sentiasa bersarung.
2.5 Pakaian hendaklah sentiasa di simpan dalam almari, tidak bersidai dan bergantung di merata-rata tempat.
2.6 Pelajar siswi dilarang sama sekali memakai seluar sendat (menjolok mata ) dan “jeans”.
2.7 Kasut yang tidak digunakan hendaklah di susun rapi dan tidak berselerak.
2.8 Meja tulis hendaklah setiasa tersusun, bersih dan tidak berhabuk.
2.9 Berjimat mengggunakan air dan tenaga elektrik.
2.10 Lampu-lampu dan kipas angin hendaklah dipadamkan jika tiada penghuni di dalamnya.
2.11 Memastikan penggunaan alat memasak air (Immersion Heater) secara sewajarnya dan tidak merbahaya.
2.12 Membuang sampah di merata-rata tempat adalah dilarang. Bakul-bakul atau tong-tong sampah hendaklah digunakan bagi mengumpul sampah.
2.13 Cermin-cermin jendela dan pintu rumah hendaklah sentiasa bersih dan tidak berhabuk.
2.14 Dilarang membuat bising dengan apa jua cara pun yang boleh mengganggu pelajar-pelajar lain.
2.15 Memiliki alat pancaran gelombang radio haram tidak dibenarkan.
2.16 Bunyi radio, kaset dan lain-lain adalah dihadkan untuk pendengaran di bilik kediaman sendiri sahaja dengan syarat tidak mengganggu rakan-rakan sebilik dan sekitarnya.
2.17 Telefon awan tidak boleh digunakan 15 minit sebelum dan selepas azan sembahyang.
2.18 Semua alat elektrik yang hendak digunakan di asrama hendaklah didaftarkan dengan pihak HEP dan akan dikenakan bayaran tertentu.
2.19 Pelajar adalah dilarang dari memiliki atau melakukan perkara-perkara yang ditegah oleh Agama Islam dan IPTIPs seperti:
2.19.1 Berjudi (dalam semua bentuk)
2.19.2 Penyalah gunaan dadah/racun.
2.19.3 Minuman keras.
2.19.4 Memiliki bahan lucah.
2.19.5 Memiliki senjata api/ senjata merbahaya/ mercun.
2.19.6 Memiliki risalah-risalah, buku-buku dan lambang yang diharamkan oleh kerajaan.
2.19.7 Memelihara binatang.
2.19.8 Memakai rantai/ gelang/ subang/ tatu.
2.19.9 Memiliki, mengedar, menjual, dan menghisap rokok di dalam kawasan asrama.
2.19.10 Tidak menghadiri solat Jumaat tanpa sebab (siswa).
2.20 Dilarang sama sekali menggantung pakaian untuk tujuan mengeringkannya pada kipas angin.
2.21 Semua pakaian hendaklah diambil/diangkat sebelum waktu maghrib.
2.22 Mengalih kedudukan alat-alat perabut didalan setiap bilik adalah dilarang sama sekali.
2.23 Setiap pengghuni hendaklah mengosongkan bilik/ rumah setiap kali pulang bercuti (cuti semester) dan mengisi borang “clearance” yang boleh didapati di pejabat HEP.
2.24 Barang-barang yang ditinggalkan di dalam bilik/ rumah semasa cuti semester akan dilupuskan.
2.25 Pihak IPTIPs hanya menyediakan satu salinan kunci rumah dan bilik bagi setiap rumah yang didiami dan kunci tersebut hendaklah diserahkan kepada pengawal yang bertugas setiapkali meninggalkan rumah dan mengisi borang yang disediakan.
2.26 Kunci almari tidak disediakan dan menjadi tanggungjawab pelajar menyediakannya..
2.27 Di larang mengotorkan/ mencacatkan sebarang kelengkapan asrama yang disediakan.
2.28 Penghuni bilik yang telah ditetapkan adalah dilarang berpindah bilik tanpa terlebih dahulu mendapat kebenaran pihak HEP.
2.29 Pelajar mesti berada di rumah masing-masing sebelum waktu maghrib.(untuk tujuan pemastian oleh pengawal keselamatan)
2.30 Rakan-rakan yang berlainan jantina dilarang masuk atau berada di kawasan rumah berkenaan.
2.31 Tidak dibenarkan mengadakan aktiviti sosial dalam blok asrama tanpa kebenaran HEP.
2.32 Bertanggungjawab ke atas sebarang kerosakan yang dilakukan terhadap sesuatu benda kepunyaan/ di bawah kawalan/ jagaan IPTIPs.
2.33 Segala aktiviti petang ko kurikulum, riadah dan sukan hendaklah ditamatkan 15 minit sebelum magrib.
2.34 Alat-alat kemudahan umum adalah dilarang dibawa ke bilik/ rumah pelajar.
2.35 Dilarang menampal, melukis, melekat, menconteng, memaku dan sebarang aktiviti mengubah bentuk dan warna asal dinding siling, dan lantai bilik/ rumah.
2.36 Dilarang menampal dan melekat sebarang notis tanpa kebenaran HEP.
2.37 Sebarang jenis sakit/ kemalangan hendaklah segera dilaporkan kepada pengawal/ pihak HEP untuk tindakan.

3 SURAU

3.1 Tidak dibenarkan melanggar adab beribadah dalam surau.
3.2 Segala kelengkapan dan kemudahan yang disediakan hendaklah digunakan dengan sebaik mungkin dan dijaga dengan baik.
3.3 Lampu dan kipas angin hendaklah di tutup selepas digunakan.
3.4 Pastikan surau sentiasa dalam keadaan bersih.

4 KENDERAAN

4.1 Setiap kenderaan pelajar mestilah mempunyai kelulusan yang telah ditetapkan oleh pihak penguasa.(JPJ)
4.2 Setiap pelajar hendaklah memakai topi keledar ketika meninggalkan perkarangan asrama.
4.3 Setiap kenderaan hendaklah dipakir(disimpan) di tempat yang telah ditetapkan.

Kegagalan mematuhi sebarang peraturan yang telah ditetapkan boleh dikenakan denda tidak kurang daripada RM25 bagi setiap satu kesalahan

5 PERATURAN UNTUK BERURUSAN DENGAN PENGHUNI ASRAMA SISWA/SISWI.

5.1 Semua urusan yang berkaitan dengan penghuni asrama hendaklah melalui pengawal keselamatan seterusnya warden asrama.
5.2 Mestilah berpakaian sopan dan mengikut etika berpakaian (tidak dibenarkan berseluar pendek dan berkain pelekat bagi pelajar lelaki dan tidak dibenarkan berkain batik bagi pelajar perempuan).
5.3 Sebarang urusan adalah pada waktu pejabat sahaja.
5.4 Memberi salam sebelum masuk ke pondok pengawal
5.5 Menghormati setiap staf yang berada di kawasan asrama.
5.6 Masuk melalui pintu hadapan pondok pengawal bukannya melalui pintu belakang.

6 PELAWAT

6.1 Pelawat hanya dibenarkan masuk ke kawasan asrama pada masa-masa berikut:
a) Hari kuliah: Jam 5.00 petang hingga 8.00 malam
b) Hari minggu dan cuti Am: Dari jam 8.00 pagi hingga 8.00 malam.
c) Pada masa-masa lain sekiranya ada apa-keperluan/ kecemasan hendaklah dilaporkan kepada pengawal dan diiringi olehnya.

6.2 Pelawat hanya dibenarkan berjumpa dengan pelajar di kawasan yang disediakan (sila rujuk kepada pengawal)

7 PERATURAN KELUAR/ MASUK ASRAMA

7.1 Para pelajar dikehendaki mengisi sendiri buku keluar masuk asrama yang disediakan.
7.2 Para siswa mesti berada di dalam kawasan asrama tidak lewat dari jam 11.00 malam.manakala bagi siswi jam 7.00 malam.
7.3 Pelajar yang berhasrat keluar/ bermalam di luar kawasan asrama dikehendaki menyerahkan borang yang lengkap di isi (disediakan oleh HEP) tiga hari sebelum keluar keluar/bermalam di luar kepada pengawal atau pihak HEP.

PERHATIAN

Sila pastikan semua peralatan dan kemudahan yang disediakan oleh pihak IPTIPs dalam kediaman anda berada dalam keadaan baik, sempurna, dan mencukupi. Jika berlaku sebarang kerosakan sila laporkan kepada pihak HEP dengan kadar segera untuk tindakan selajutnya.

Pihak HEP berhak melakukan pemeriksaan tanpa sebarang notis.

AMARAN

Pengawal dan Warden Asrama diberi kuasa mutlak bagi pihak IPTIPs dalam melaksanakan penguatkuasaan peraturan termasuklah menegur, melarang (displin & akhlak) dan mengenakan denda (tatatertib).

Dikuatkuasakan pada 30 April 2005