
بسم الله الرحمن الرحيمSebagai sebuah Institut Pengajian Tinggi, IPTIPs mensasarkan untuk mewujudkan budaya dan suasana yang kondusif bagi membantu pembelajaran di IPTIPs. Aspek pembudayaan yang baik merupakan sendi kepada perlaksanaan kepada setiap wawasan dan cita-cita sesebuah IPTIPs. IPTIPs sentiasa kometed untuk mengamalkan budaya yang baik (biah solehah) bagi menterjemahkan wawasan yang digagaskan. Membudayakan daya saing, berorientasikan prestasi dan pencapaian haruslah menjadi pengamalan IPTIPs. Sehubungan itu, IPTIPs di bawah Hal Ehwal Pelajar (HEP) berusaha sedaya upaya bagi meransang bakat dan keupayaan siswa dan siswi IPTIPs.
Program-program pembinaan modal insan kelas pertama, dan penyediaan kemudahan ko-kurikulum yang sesuai sedang dirancang demi merealisasikan hasrat berkenaan. Apatah lagi, IPTIPs yang warga pelajarnya terdiri daripada pelbagai latar belakang bangsa, negara dari Malaysia, Indonesia, Kemboja, Vietnam, Thailand sudah pasti menjanjikan perkongsian ilmu, budaya, dan kemahiran yang unik.
Pihak Hal Ehwal Pelajar IPTIPs, akan berusaha meningkatkan kemampuan untuk manjana siswa siswi yang lebih dinamis dan seimbang dari aspek intelek (Aqliyyah), fizikal (Jasadiyyah), ruhiyyah serta memiliki ciri-ciri khalifah fil ardh. Semoga dengan program yang disediakan akan berjaya memangkin generasi ulil albab selaras dengan harapan IPTIPs untuk mengalami proses transformasi ke arah menjadi sebuah Kolej Universiti. 'KE ARAH INSAN RABBANI YANG KAMIL DAN SYAMIL'Salam penuh hormat,
Ustaz Ku Mohd Syarbaini Bin Ku Yaacob
Penolong Rektor Hal Ehwal Pelajar (HEP)
Institut Pengajian Tinggi Islam Perlis (IPTIPs)