You are here:: Hal Ehwal Pelajar Majlis Perwakilan Pelajar
 
 

Majlis Perwakilan Pelajar

بسم الله الرحمن الرحيم

MUQADDIMAH PENGENALAN

Pesatuan Mahasiswa Institut Pengajian Tingi Islam Perlis atau ringkasanya PERMAI ‎merupakan wadah kegiatan siswa -siswi yang menjadi pembantu utama kepada ‎pentadbiran institute ini bagi memastikan bahawa segala kegiatan-kegiatan siswa-siswi ‎sejajar dengan matlamat dan falsafah pendidikan Institut Pengajian Tinggi Islam Perlis ‎‎(IPTIPs). Ia juga merupakan “badan induk “ bagi persatuan–persatuan institut ini. ‎

BAB PERTAMA

FASAL 1 - Nama Persatuan ini ialah: ‎Persatuan Mahasiswa Institut Pengajian Tinggi Islam Perlis atau ringkasanya MP PERMAI ‎

FASAL 2 - Alamat pejabat: ‎Pesatuan Mahasiswa Institut Pengajian Tinggi Islam Perlis (PERMAI), 02400 GUAR Jentik, Beseri,Perlis ‎

BAB KEDUA ‎

FASAL 3 - Dasar persatuan ini ialah ISLAM ‎

FASAL 4 - Seruan persatuan : “Amar Makruf Nahi Mungkar” ‎

FASAL 5 - Moto persatuan : Berilmu, Beriman, Beramal, Bertakwa. ‎

FASAL 6 - Tema persatuan: Berubah, mengikut ucapan dasar presiden (setiap tahun)‎

FASAL 7 - Objektif ini ialah: ‎

  1. Melahirkan generasi siswa- siswi Muslim yang memahami konsep Islam yang sebenarnya, merangkumi kehidupan duniawi dan ukhrawi berdasarkan ‎Al-Quran dan As-sunnah. ‎
  2. Memupuk semangat dan kesabaran berdakwah serta meningkatkan kuanlitinya ‎sehingga lahir satu siswa-siswi yang berjiwa pendakdawh dan sanggup ‎menghadapi cabaran zaman.‎
  3. Melahirkan generasi pelejea yang benar–benar sihat permikiran, rohani dan ‎jasmani .jenerasi siswa –siswi yang menitiakberatkan semua aspek ilmu ‎pengetahuan serta aktif , fozitif dan matang dalam tindak tanduk yang ‎bersesuaian terhadap ilmu, agama masyarakat serta negara.‎
  4. Mendokong falsafah serta matlamat pendidikan iPTiPs.‎‎ ‎
    a)‎ Memajukan pelajaran agama dan Bahasa Arab yang sangat diperlukan oleh ‎masyarakat kita dewasa ini sebagai usaha untuk menyediakan benteng bagi ‎memelihara akidah dan syariah islam. ‎
    ‎ ‎b) Mendidik pelajar bersifat takwa, beraklak dan berkeperibadian islam yang‎ sejati dan jiwa pendakwah yang sanggup menghadapi cabaran zaman. ‎
    c)‎ Memberi peluang kepada pelajar-pelajar mempelajari Al-Quran dan ‎As-Sunnah yang mengrangkumi semua aspek kehidupan. ‎‎ ‎
    d)‎ Melahirkan generasi Islam yang berdispilin, dedikasi dan muhibah, harmoni ‎dan bersaudara yang dianhurkan oleh Islam. ‎
    e)‎ Untuk mengintegrasikan pembelajaran agama Islam dan akademik bagi mewujudkan generasi yang lengkap dalam kedua-dua bidang. ‎

FASAL 8 - Aktiviti persatuan : ‎

  1. Memperjuangkan Dinul Islam sebagai akidah dan syariah serta ‎menengakkan keadilan di Institut ini.‎
  2. Memupuk serta memperkuatkan ukhuwah Islamiah di kalangan warga Institut.‎
  3. Memelihara biah solehah dan hijab seperti yang diamanahkan oleh para ulamak yang mengasaskan penubuhan Institut ini.‎
  4. Berkejasama dengan pihak pentabir untuk menjalan tarbiah di Institut ini.‎
  5. Berusaha mengaplikasikan Bahasa Arab di samping penggunaan Bahasa ‎Inggeris sebagai mempertingkatkan keupayaan ahli dalam mencari dan ‎menyampaikan ilmu pengetahuan di peringkat yang lebih tinggi.‎
  6. Berkerjasama dengan pertubuhan-pertubuhan Islam Persatuan Mahasiswa ‎Yang berdaftar di Negara ini dalam usaha mendakwah Islam dan ‎melakukan kebajikan.‎
  7. Melakukan apa sahaja usaha dan tindakan untuk kebaikan warga institute selagi mana tidak menyinpang dari batasan islam, undang-undang, dan ‎Perlembagaan Negara serta peraturan Institut.‎
  8. Menjadi perantar antara siswa-siswi dengan pentabiran IPTIPs dan sebaliknya.‎
  9. Menjaga kebajikan dan hak-hak ahli PERMAI.‎

FASAL 9 - Kekuasaan PERMAI ialah: ‎

  1. Sentiasa berpandukan Al-Quran dan As-Sunnah, Ijma’Ulama dan Qias ‎yang sarih sebagai sumber rujukan.‎
  2. PERMAI adalah badan induk kepada semua persatuan yang wujud di ‎IPTIPs dan bertangugnjawab menyelaraskan aktiviti-aktivati yang ‎
    Di jalankan agar tidak bercangah dengan syariat Islam dan peraturan IPTIPs.‎
  3. Setiap aktiviti dikalangan siswa-siswi mestilah melalui PERMAI dengan ‎Persetujuan pihak pentadbiran.‎

BAB KEEMPAT

FASAL 10 - Keahlian: ‎Semua Mahasiswa Institut Pengajian Tinggi Islam Perlis secara automatik ‎adalah ahli PERMAI.‎

FASAL 11 - Hak dan kewajipan ahli: ‎

  1. Ahli PERMAI berhak menyuarakan cadangan, kiritikan membina dan bantahan di dalam Muktamar Tahunan PERMAI atau melalui saluran yang ‎di benarkan.‎
  2. Wajib hadir ke majlis Muktamar Tahunan PERMAI.‎
  3. Wajib untuk turut menhadiri setiap program yang dijalankan oleh PERMAI. ‎
  4. Taat dan patuh pada peraturan IPTIPs dan perlembagaan PERMAI.‎
    ‎5)‎ Taat kepada kepimpinan PERMAI selagi mana tidak bercangah dengan ‎peraturan IPTIPs atau ajaran Islam. ‎

BAB KELIMA ‎

FASAL 12 - Muktamar Tahunan: ‎

  1. Diadakan sekali setahun pada akhir pengal pentabiran bergantung ‎
    Kepada taquim tahunan PERMAI.‎
  2. Boleh dipercepatkan dengan persetujuan sekurang-kurangnya 2/3 Ahli ‎
    Majlis Pewakilan PERMAI.‎

FASAL 13 - Mesyuarat Exco-exco:‎

  1. Akan diadakan pada setiap permulaan penggal.‎
  2. Dihadiri oleh setiausaha Agong (pada mesyuarat pertama), ketua dan ‎Timbalan Ketua exco dan semua AJK Exco siswa dan siswi.‎
  3. Membincangkan masalah-masalah, keperluan serta perancangan ‎aktiviti.‎
  4. Mesyuarat AJK exco akan diadakan apabila perlu.‎
  5. Stiap Exco perlu menyediakan laporan setiap sebulan sekali.‎

FASAL 14 - Mesyuarat Majlis Tertinggi: ‎

  1. Akan diadakan apabila perlu. ‎
  2. Dihadiri oleh semua Ahli Majlis Perwakilan PERMAI Ketidakhadiran ‎sebanyak tiga kali tampa alas an yang munasabah oleh mana-mana ‎Ahli Majlis tertinggi, boleh dikenakan termasuk pemecatan.‎
  3. Sila rujuk fasal 13(3).‎
  4. Korum bagi satu mesyuarat tidak kurang 2/3 bilangan Ahli Majlis ‎Tertinggi.‎
  5. Sebarang keputusan dalam mesyuarat hendaklah dipersetujui oleh 2/3 ‎bilangan Ahli Majlis Tertinggi yang hadir. Keputusan pengerusi ‎mesyuarat adalah muktamat.‎
  6. Mesyuarat secara berasingan antara Ahli Majlis Tertinggi Siswa dan ‎Ahli Majlis Tertinggi Siswi akan diadakan apabila perlu.‎
  7. Dihadiri oleh penasihat merngikut keperluan.‎

    Perjumpaan dengan penasahat PERMAI: ‎
    ‎1)‎ Akan diadakan satu penggal sekali.‎
    ‎2)‎ Dihadiri oleh Ahli Majlis Pewakilan Siswa dan Siswi. ‎
    ‎3)‎ Sila rujuk fasal 13(3).‎
    ‎4)‎ Korun bagi satu mesyuarat tidak kurang 2/3 bilangan bilangan Ahli ‎Majlis Pewakilan. ‎
    ‎5)‎ Sebarang keputusan dalam mesyuarat hendaklah dipersetujui oleh 2/3 ‎bilangan Ahli Majlis Pewakilan.‎
    Kesemua mesyuarat hendaklah bergantung kepada waqi’Takwim Institut, ‎PERMAI, dan cuti Institut.‎

FASAL 15 - Tugas dan Kekuasaan Muktamar tahunan.‎

  1. Mengesahkan laporan minit mesyuarat muktamar yang lalu.‎
  2. Membentang dan menerima laporan kewangan serta laporan aktiviti-‎aktiviti PERMAI.‎
  3. Membahaskan usul-usul dan resolusi.‎
  4. Membahaskan ucapan dasar presiden.‎
  5. Ucapan pergulungan oleh presiden.‎
  6. Mengumumkan pembubaran PERMAI dan pengumuman ‎suruhanjaya Muktamar.‎
  7. Ucapan penanguhan daripada presiden yang baru dilantik.‎ ‎

CARTA ORGANISASI sesi 2011. (Bagi sesi 2012 siswa di pilih selepas masuk semester tahun 2012)

mpp_poster_2.png