You are here:: Hal Ehwal Pelajar Minggu Ukhwah
 
 

Minggu Ukhwah di Tasoh Lake Resort

Minggu Ukhwah di bawah adalah bagi sesi Julai - Disember 2011. Minggu Ukhwah bagi kemasukan Januari - Jun 2012 akan diterbitkan nanti InsyaAllah

 

 

Sabtu, 2 Julai 2011 – telah bermula pendaftaran seawal pagi yang menghimpunkan keseluruhan pelajar dari pelbagai latar belakang antaranya Thailand, Malaysia dan Kemboja. Sesi pendaftaran ini diteruskan sehingga hari ketiga. Lima puluh pelajar terutama pelajar baru terpilih bagi mengikuti Minggu Ukhwah yang diadakan di Timah Tasoh Lake Resort.

Minggu Ukhwah di Tasoh Lake Resort

‘Kepimpinan Asas Kekuatan’ diasah terhadap lapan kumpulan pelajar bagi mencapai objektif sebenar, membentuk barisan kepimpinan dalam satu institusi pengajian tinggi yang mantap. Antara aktiviti program dewan yang diadakan adalah seperti taklimat, motivasi, public speaking, debat berkumpulan, latihan dalam kumpulan dan persembahan pelajar. Bagi aktiviti luar, pelajar didedahkan dengan pelbagai rintangan berbentuk semangat kerjasama antaranya Explorace serta pelbagai permainan lasak yang disediakan oleh pihak pengurusan Timah Tasoh Lake Resort.

Para pelajar sangat berpuas hati dan mengharapkan program seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang. Pihak Institut Pengajian Tinggi Islam Perlis mengucapkan ribuan terima kasih bagi individu yang terlibat dan mengharapkan hasil program ini dapat direalisasikan oleh para peserta dalam menghadapi pelbagai rintangan.

Persiapan Sukan

Kumpulan Mawadah Wa Rahmah