Assalamualaikum.
Petang kelmarin IPTIPs di lawat oleh pelajar UNISZA dari Terengganu. Mereka datang menaiki sebuah Bas, mereka sudah pun lawat Kolej Universiti Insaniah dan destinasi mereka selepas negeri Kedah ialah Negeri Perlis. Lawatan mereka ini di namakan Lawatan Muhibbah Usuluddin Universiti Sultan Zainal Abidin. Bersama mereka Dr. Rashidi seorang Doktor Falsafah juga Pensyarah di UNISZA. Warga Unisza sampai dalam keadaan hujan mereka lari-lari anak mencari teduh selepas turun dari bas. Yang menyambut adalah para Pelajar Senior IPTIPs Abu Muslim, Umu Athiyah, Nur Najwa dan lain-lain.
Dato Ahmad Jusoh memberi Ucapan pembukaan majlis disusuli Ustaz Ihsan Idris dan wakil UNISZA adalah Dr Rashidi. Selepas sesi ucapan pelajar UNISZA di bawa lawat kawasan kampus IPTIPs. Mereka mengunjungi bilik kuliah, pejabat, Perpustakaan lawatan tidak dapat merangkumi seluruh kampus kerana hujan turun agak lebat. Selesai lawatan mereka dijamu dengan jamuan yang ringan oleh IPTIPs. Acara terakhir adalah sesi bergambar beramai-ramai... Kami di IPTIPs rasa berat hati melepaskan Rakan baru kami, InsyaAllah di masa hadapan kita akan bertemu lagi...
gambar di "Read More"