
KATA ALU-ALUAN
DATO' ISHAK BIN ARSHAD
PENGARAH YAYASAN ISLAM PERLIS
DATO' ISHAK BIN ARSHAD
PENGARAH YAYASAN ISLAM PERLIS
Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.
Terlebih dahulu bagi pihak Yayasan Islam Perlis, saya mengalu-alukan kehadiran Y.A.B Menteri Besar Perlis ke Majlis Warga IPTIPs Bersama Y.A.B Menteri Besar dan Pelancaran Laman Web.
Kehadiran Y.A.B membawa makna yang cukup besar dan memberi semangat dan perangsang kepada seluruh warga IPTIPs untuk bekerja lebih keras bagi mencapai visi dan misi institut ini.
Dengan pelancaran laman web, diharap dapat mempertingkatkan kualiti pengurusan, pentadbiran dan pendidikan yang cekap dan mantap dalam menempatkan institut ini sebagai sebuah pusat pengetahuan terkemuka yang mampu memartabatkan pendidikan Islam terulung.
Sesungguhnya kita amat bertuah walaupun Perlis sebuah negeri yang kecil tetapi telah wujud sebuah institusi pengajian tinggi agama yang memberi impak terbaik kepada agama, bangsa dan negara. Sebagai sebuah badan yang diberi tanggungjawab ke atas IPTIPs, Yayasan Islam Perlis sentiasa memberi perhatian serius dan terus memberi penuh sokongan bagi memastikan IPTIPs menjadi sebuah institusi pengajian tinggi yang terkemuka dan setanding dengan institusi pengajian tinggi yang lain.
Saya ucapkan syabas dan tahniah kepada seluruh warga IPTIPs kerana berjaya mengadakan majlis ini.
Selamat maju jaya.