DYMM TUANKU SYED SIRAJUDDIN IBNI DYMM TUANKU SYED PUTRA JAMALULLAIL RAJA PERLIS
Alhamdulillah, bersyukur kita kepada Allah S.W.T. kerana dengan limpah rahmatnya sebuah Institut Pengajian Tinggi yang dikenali sebagai Institut Pengajian Tinggi Islam Perlis ( IPTIPs ) dapat ditubuhkan.
Saya berasa amat bangga dengan penubuhan Institut ini kerana objektifnya ialah meninggi dan meningkatkan pencapaian ilmu pengetahuan kepada umat Islam khususnya di Perlis juga di luarnya ilmu amat penting, ini sesuai dengan Sabda Nabi S.A.W yang bermaksud:
" Barangsiapa yang hendak berjaya di dunia hendaklah dengan ilmu pengetahuan dan barangsiapa hendak berjaya di akhirat hendaklah dengan ilmu pengetahuan dan barangsiapa hendak berjaya kedua-duanya hendaklah dengan ilmu pengetahuan ".
Oleh itu saya berharap supaya umat Islam terutama para pelajar mengambil peluang dan memberi kerjasama sepenuhnya supaya IPTIPs ini dapat berjalan dengan baik dan sempurna.
Akhirnya, saya mengambil kesempatan ini mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada Kerajaan Negeri dan mereka yang terlibat bagi menjayakan penubuhan Institut Pengajian Tinggi Islam Perlis ( IPTIPs ). Semoga segala sumbangan yang telah diberikan akan mendapat daripada Allah S.W.T.