You are here:: Mengenai IPTIPs Perutusan & Kata Aluan Perutusan YDP MAIPs
 
 

Perutusan YDP MAIPs

E-mail Print PDF
PERUTUSAN D.Y.T.M. TUANKU SYED FAIZUDDIN PUTRA IBNI
TUANKU SYED SIRAJUDDIN PUTRA JAMALULLAIL D.K., S.P.M.P.
RAJA MUDA PERLIS
MERANGKAP YANG DIPERTUA MAJLIS AGAMA ISLAM PERLIS
DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Bismillahirahmanirrahim.
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

"Alhamdulillah bersyukur kita kepada Allah Subhanahu Wataala diatas nikmat yang dikurniakan kepada kita iaitu nikmat iman dan Islam: dan dilimpahi kepada kita dengan hidayah seterusnya membawa kepada kebenaran".

Institut Pengajian Tinggi Islam Perlis (IPTIPs) ditubuhkan pada akhir tahun 1997 dan mula operasi pada awal tahun 1998. Institut ini ditubuhkan atas usaha yang gigih kerajaan negeri dengan sokongan dan dorongan daripada tokoh-tokoh dan agensi-agensi negeri. Kini, institut ini telah berkembang, dan akan terus berkembang menjadi sebuah pusat pengajian yang makin terkemuka dan berkualiti. Oleh itu, saya menaruh harapan supaya semua pihak terus berusaha untuk menjayakannya.

Institut ini adalah satu-satunya institut pengajian tinggi milik kerajaan negeri. Saya menyeru semua pihak supaya member sokongan, bantuan dan kerjasama untuk membangunkan institut ini. Tujuan utama pembangunan institut ini adalah supaya rakyat negeri Perlis dan negeri-negeri lain di Malaysia serta negara jiran berpeluang mendapat khidmat pendidikan yang lebih tinggi.

Saya mengucap setinggi –tinggi penghargaan di atas usaha dan sokongan yang telah diberikan. Saya mengalu-alukan segala bentuk bantuan dan sumbangan demi untuk perkembangan dan kemajuan institut ini.
Sekian terima kasih.

Termaktub di Istana Arau.