Institut Pengajian Tinggi Islam Perlis (IPTIPs) ialah sebuah institusi pengajian milik penuh Yayasan Islam Perlis (YIPs). Intitusi ini mula beroperasi setelah mendapat kelulusan perakuan pendaftaran pada 20 April 1998 dan No. Pendaftaran 23/98. Beberapa jawatankuasa dibentuk bagi memastikan IPTIPs beroperasi dalam keadaan yang mantap, teguh dan dipercayai. Jawatankuasa tersebut ialah Jawatankuasa Merangka Kurikulum, Jawatankuasa Pakar Menyemak Kurikulum dan Jawatankuasa Pengelola. Keahlian jawatankuasa ini terdiri daripada pakar-pakar dalam pelbagai bidang di peringkat negeri, kebangsaan dan luar negara.
 |
 |
 |
|
▪ Kemasukan Pelajar
» Diploma
» Sijil
» STAM & PRA
» STAM
» Kursus Asas
» Bahasa Arab
▪ Kursus Yang Ditawarkan
▪ Perancangan Pengajian
▪ Kalendar Akademik
▪ Graduasi
|
▪ Jabatan Al-Quran & Hadis
▪ Jabatan Usuluddin
▪ Jabatan Syariah
▪ Unit Pentadbiran
▪ Unit Peperiksaan
▪ Unit Promosi
▪ Majlis Pentadbiran Dalaman
|
▪ Majlis Perwakilan Pelajar
▪ Ko-Kurikulum
▪ Alumni IPTIPs
▪ Program Anak Angkat
|

|
Sabda Baginda Rasulullah SAW: "Telah tiba kepada kamu semua bulan yang penuh keberkatan, dibukakan padanya pinti-pintu syurga, ditutup padanya pintu-pintu jahim (neraka), padanya ada satu malam yang lebih baik dari seribu bulan. Barangsiapa yang mengharamkan (tidak mahu mengambil kebaikan dengan beramal) akan ia (kebaikan malam tersebut) maka nescaya akan diharamkan (kebaikan malam tersebut)"
Baginda juga bersabda : "Barangsiapa yang berpuasa ramadhan dengan penuh keimanan dan pengharapan (mengharap kebaikan daripada Allah) maka nescaya akan diampunkan dosanya yang telah lalu"
Hadith-hadith di atas menggambarkan kepada kita betapa hebatnya kelebihan yang diberikan oleh Allah SWT terhadap mereka yang berpuasa di dalam bulan Ramadhan. Ramadhan telah menyediakan ruang untuk kita menumpukan pada memperbanyakkan amal ibadah dalam usaha memperbanyakkan pahala dan menghapuskan dosa. Puasa di dalam bulan Ramadhan secara konsepnya adalah untuk memenuhi 2 perkara yang perlu diambil perhatian oleh seseorang hamba Allah SWT:
1 - Menghapuskan dosa dan kesilapan lalu
2 - Menambah pahala dan berusaha memperbaiki (islah) diri
Adalah kurang tepat apabila seseorang hanya menumpukan dalam usahanya menambah amal ibadah tanpa berusaha menghapuskan dosanya yang telah lalu. Persepsi seseorang yang hanya suka beramal, tetapi tidak berhenti melakukan dosa dan maksiat adalah sesuatu yang bercanggah dengan falsafah puasa. Ketika berpuasa, kita perlu menjaga diri kita daripada melakukan perkara-perkara yang boleh mendatangkan kerosakan kepada puasa kita seperti mengumpat, mencaci, menghina, bergaduh, dan sebagainya. Bahkan tujuan dan matlamat puasa yang agung adalah :لعلكم تتقون (moga-moga kamu bertaqwa). Seseorang yang berpuasa hendaklah menjaga 3 syahwat:
1 - Syahwat perut (menahan dari makan/minum/memasukkan sesuatu ke rongga tekak)
2 - Syahwat kemaluan(menahan daripada bersetubuh/ mengeluarkan mani dgn sengaja dll)
3 - Syahwat perasaan (menahan perasaan dari terdorong ke sesuatu yang tidak baik)
Puasa adalah ibadah imsak beerti ibadah menahan diri dari melakukan beberapa perkara yang boleh memenuhi 3 syahwat di atas. Justeru, Baginda Rasulullah SAW pernah menyatakan kerisauan Baginda kepada golongan yang hanya mendapat lapar dan dahaga tanpa mendapat kebaikan dari puasa mereka. Baginda Nabi bersabda : "Seolah-olah orang yang berpuasa itu tidak mendapat apa-apa dari puasanya melainkan hanya lapar dan dahaga"
Oleh hal yang demikian, marilah kita berusaha agar ibadah puasa kita diterima oleh Allah SWT. Perbanyakkanlah ibadah di bulan ini, kerana Madrasah Ramadhan ini mungkin tak kita temui lagi apabila malaikat maut datang menjemput!...
|