Institut Pengajian Tinggi Islam Perlis (IPTIPs) ialah sebuah institusi pengajian milik penuh Yayasan Islam Perlis (YIPs). Intitusi ini mula beroperasi setelah mendapat kelulusan perakuan pendaftaran pada 20 April 1998 dan No. Pendaftaran 23/98. Beberapa jawatankuasa dibentuk bagi memastikan IPTIPs beroperasi dalam keadaan yang mantap, teguh dan dipercayai. Jawatankuasa tersebut ialah Jawatankuasa Merangka Kurikulum, Jawatankuasa Pakar Menyemak Kurikulum dan Jawatankuasa Pengelola. Keahlian jawatankuasa ini terdiri daripada pakar-pakar dalam pelbagai bidang di peringkat negeri, kebangsaan dan luar negara.
![]() |
![]() |
![]() |
|
▪ Kemasukan Pelajar |
▪ Jabatan Al-Quran & Hadis |
▪ Majlis Perwakilan Pelajar |

| Bekas Rektor dan Pensyarah IPTIPs mendapat penghormatan di Majlis Sambutan Maal Hijrah |
|
Tuduhan itu sering dilemparkan termasuk melalui media massa dengan alasan Perlis tidak mengamalkan doa qunut semasa solat Subuh dan tidak berdoa beramai-ramai selepas solat untuk menidakkan amalan Sunnah yang diamalkan di negara ini. "Sebagai Raja Perlis, saya amat dukacita dengan apa yang berlaku tersebut. "Tak baiklah buat kenyataan dalam akhbar atau TV. Lebih wajar dibawa muzakarah. "Kalau apa yang dibuat di Perlis tak ikut syarak, tunjuk nas-nas lengkap, Perlis sedia mengubah (dari apa yang diamalkan sekarang)," titah baginda. Raja Perlis bertitah demikian pada majlis sambutan Maal Hijrah peringkat negeri di Dewan 2020 di sini. Turut berangkat Raja Perempuan, Tuanku Fauziah Tengku Abdul Rashid manakala hadir sama Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Md. Isa Sabu dan isteri, Datin Seri Asiah Asmuni. "Jika tidak ada nas-nas kukuh yang boleh menguatkan hujah mereka mengatakan apa yang diamalkan di Perlis tidak betul, janganlah 'buat bising' sangat. Kalau tak mahu ikut Perlis, senyap sudahlah. Nanti kata pula, Perlis Darul Wahabi," titah baginda. Baginda bertitah, pihak-pihak berkenaan tersebut harus faham bahawa Perlis tidak terikat kepada mana-mana mazhab sebaliknya menerima semua mazhab. "Kalau ada sesiapa yang tidak puas hati tentang apa yang diamalkan di Perlis, boleh tulis surat kepada Jabatan Mufti Negeri, Majlis Agama Islam Negeri dan Majlis Fatwa Negeri untuk berbincang. Kalau perlu bahas kita bahas untuk mencari kebenaran. Hentikanlah tuduhan yang tidak sepatutnya kepada Perlis," titah baginda. Baginda turut menasihati pihak-pihak berkenaan di Perlis jangan pula sampai mengambil tindakan mahkamah kepada pihak yang membuat tuduhan itu kerana jika ini dilakukan, penyelesaiannya tidak sampai ke mana. Sementara itu, sebanyak 44 kontinjen menyertai perarakan sempena sambutan Maal Hijrah itu. Pada majlis itu, Raja Perlis juga berkenan menyampaikan anugerah Tokoh Ma'al Hijrah kepada Duta Besar Malaysia ke Arab Saudi, Prof. Madya Datuk Syed Omar Al-Saggaf, 66, dengan menerima hadiah wang tunai RM5,000 sijil penghargaan dan hadiah iringan. Masjid Salahuddin Al-Ayubi, Padang Besar Utara pula diisytiharkan sebagai masjid terbaik peringkat negeri dengan menerima hadiah RM3,000, sijil penghargaan dan hadiah iringan yang juga disampaikan Raja Perlis. – BERNAMA
TAMBAHAN BERITA BERKAITAN IPTIPs
Pihak Institut juga amat berbesar hati apabila Bekas Rektor IPTIPs, TYT Prof. Madya Dato’ Syed Omar As-Saggaf telah dianugerahkan sebagai Tokoh Ma’al Hijrah Negeri Perlis bagi tahun 1431 H. Beliau yang pernah berkhidmat sebagai Rektor IPTIPs dari tahun 1998 hingga tahun 2002 dan sekarang berkhidmat sebagai Duta Besar Malaysia ke Riyadh, Arab Saudi dan wakil tetap Malaysia ke Persidangan OIC. Beliau tidak dapat hadir bagi menerima anugerah tersebut kerana bertugas untuk menyambut lawatan YAB Perdana Menteri Malaysia Ke Riyadh, Arab Saudi.
Ustaz Azrizal juga mengiringi Dr. Yusof Al-Qaradawi ke majlis makan malam dan penginapan selain menjadi juru bahasa kepada Fadhilatul-Imam. Terdahulu, Dr. Yusof Al-Qaradawi telah memenuhi undangan Kerajaan Malaysia untuk menerima Anugerah Tokoh Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan bagi tahun 1431 H di Dewan Putrajaya International Convention Centre (PIC).
Pihak IPTIPs mengucapkan jutaan tahniah kepada mereka yang telah berjaya mengharumkan nama IPTIPs. Semoga usaha dan jasa kalian menyampaikan risalah ilmu akan diganjari Allah yang Maha Menganugerahkan. |