Skip to content

Institut Pengajian Tinggi Islam Perlis (IPTIPs) ialah sebuah institusi pengajian milik penuh Yayasan Islam Perlis  (YIPs). Intitusi ini mula beroperasi setelah mendapat kelulusan perakuan pendaftaran pada 20 April 1998 dan No. Pendaftaran 23/98. Beberapa jawatankuasa dibentuk bagi memastikan IPTIPs beroperasi dalam keadaan yang mantap, teguh dan dipercayai. Jawatankuasa tersebut ialah Jawatankuasa Merangka Kurikulum, Jawatankuasa Pakar Menyemak Kurikulum dan Jawatankuasa Pengelola. Keahlian jawatankuasa ini terdiri daripada pakar-pakar dalam pelbagai bidang di peringkat negeri, kebangsaan dan luar negara.

▪ Kemasukan Pelajar
   » Diploma
   » Sijil
   » STAM & PRA
   » STAM
   » Kursus Asas
   » Bahasa Arab
▪ Kursus Yang Ditawarkan
Perancangan Pengajian
▪ Kalendar Akademik
▪ Graduasi

▪ Jabatan Al-Quran & Hadis
▪ Jabatan Usuluddin
▪ Jabatan Syariah
▪ Unit Pentadbiran
▪ Unit Peperiksaan
▪ Unit Promosi
▪ Majlis Pentadbiran Dalaman

▪ Majlis Perwakilan Pelajar
▪ Ko-Kurikulum
▪ Alumni IPTIPs
▪ Program Anak Angkat



Bengkel Pemantapan IPTIPs
TRANSFORMASI IPTIPs KEPADA KUSIRAJ BAKAL DIREALISASI
Sample Image
KANGAR, 29 DISEMBER 2009 - Institut Pengajian Tinggi Islam Perlis  (IPTIPs) akan dinaiktaraf kepada Kolej Universiti Ulil Albab Sirajuddin Jamalullail. Satu Mesyuarat Jawatankuasa Kecil Pemantapan Akademik IPTIPs telah diadakan di Hotel Putra Palace, Kangar dekat sini. Mesyuarat berkenaan telah dihadiri oleh beberapa tokoh akademik serta tenaga pengurusan dan akademik IPTIPs.

 

Antara mereka yang hadir ke mesyuarat tersebut adalah; Prof. Dr. Zakaria Bin Abbas (Pensyarah Senior, Kolej Perniagaan UUM merangkap moderator bengkel dan pengerusi mesyuarat), Prof. Madya Dato’ Alim Setia Haji Ahmad Bin Jusoh (Rektor, IPTIPs), Dr. Haji Mohammad Nasri Bin Haji Md. Hussein (Penyelaras Program Muamalat, Kolej Perniagaan UUM), Ustaz Wazin Bin Othman (Pensyarah, Kolej Perniagaan UUM), Ustaz Ahmad Bin Hamzah (Penolong Pengarah Bahagian Pendidikan dan Dakwah, yayasan Islam Perlis), Ustaz Hassan Bin Arshad (Pensyarah UniMAP da Ketua Unit Agama Islam, Jabatan Canselari, UniMAP), Ustaz Hashim Bin Othman Al-Hafiz (Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penyelidikan, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis), Ustazah Karimah Binti Abdullah (Dekan IPTIPs), En. Abu Bakar Bin Saad (Pendaftar merangkap setiausaha bengkel) dan Ustaz Mohd Nazim Bin Mohd Noor (Pensyarah IPTIPs merangkap penolong setiausaha bengkel).

 

Sample Image

 

 Mesyuarat dimulakan dengan pembentangan slide berkaitan latar belakang transformasi IPTIPs oleh Prof. Dr. Zakaria Bin Abbas. Beliau juga menyentuh berkaitan wawasan, misi, visi, objektif dan falsafah KUSIRAJ. Beliau banyajk meneyentuh aspek-aspek yang harus diambil penekanan apabila IPTIPs dijenamakan sebagai KUSIRAJ agar ia tampak selari dengan dasar pendidikan tinggi seperti yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dan selari dengan kehendak pengiktirafan dan akreditasi MQA. Sidang perbengkelan juga dipertontonkan dengan tayangan video berkaitan Universiti Al-Imam Muhammad Ibn Saud (Al-Imam University), Riyadh, Arab Saudi.

 

Sample Image

 

Beberapa perkara telah dipersetujui oleh sidang mesyuarat anataranya berkaitan faklsafah KUSIRAJ yang ingin melahirkan graduan ulil albab yang tercetus bagi mendepani arus kecelaruan daklam memahami disiplin ilmu semasa. Beberapa bidang baru telah dijadikan sasaran dan focus untuk ditawarkan oleh IPTIPs buat masa ini ke arah transformasi kepada KUSIRAJ. Antara bidang yang bakal ditawarkan adalah ; Perubatan Alternatif Islam & Komplementari (Islamic Traditional and complementary Medicine –T&CM), Pengurusan & Pentadbiran Islam (Management and Leadership of Islam), Pendidikan (Education), dan Teknologi Maklumat (IOnformation Technology) di samping memperkasa bidang sedia ada iaitu Usuluddin, Al-Quran dan Hadith, Syariah dan Bahasa Arab. Selain itu, terdapat beberapa kursus wajib yang telah dicadangkan agar graduan keluaran KUSIRAJ tampak lebih terpimpin dan melengkapi ciri ulil albab. Antara yang disarankan adalah ; Pengantar Ilmu AL-Quran (Hafalan & Ulum), Pengantar Ilmu HAdith (Riwayah dan Dirayah), Asas Usluddin (Aqidah & Dakwah), Asas Syariah (Madkhal Fiqh dan Usul Fiqh), Akhlak (Pengantar AKhlak dan Psikologi Islam), Asas Bahasa Arab, Asas Bahasa Inggeris, Teknologi Maklumat, Manhaj Pemikiran Ulil Albab, Kokurikulum & Pembinaan Syakhsiah. Mesyuarat yang diakhiri jam 1.30 petang itu juga telah membincangkan dasar kurikulum KUSIRAJ, di samping mendengar maklumat terkini dan cadangan daripada pihak entadbiran IPTIPs dan Yayasan Islam Perlis. Mesyuarat Ke Arah Pemantapan IPTIPs untuk kali yang seterusnya akan diadakan dalam sedikit masa lagi. Pihak IPTIPs merakamkan ucapan “Menjunjung Kasih” mengadap DYMM Tuanku Raja Perlis dan DYTM Tuanku Raja Muda Perlis di atas keperihatinan terhadap IPTIPs. IPTIPs juga mengucapkan jutaan penghargaan kepada YAB Datuk Seri Dr. Md Isa Bin Sabu, Menteri Besar Perlis dan Kerajaan Negeri Perlis serta pihak-pihak yang banyak memberikan sumbangan idea, buah fikiran, dan material untuk pembangunan IPTIPs khususnya kepada pihak Dato’ Haji Ishak Bin Haji Arshad serta Yayasan Islam Perlis, pihak Baitulmal Negeri Perlis, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis, Prof. Dr. Zakaria Bin Abas serta rakan-rakan akademik dari Universiti Utara Malaysia, Universiti Malaysia Perlis dan semua pihak dan individu yang terus menerus memberikan sumbangan demi memastikan IPTIPs berdiri kukuh dan berjaya dijana sebagai KUSIRAJ. -INFOIPTIPs  
 

Hebahan

Wednesday, 17 February 2010
LAWATAN MQA
Wednesday, 30 December 2009
Bengkel Pemantapan IPTIPs
Tuesday, 03 November 2009
.

Kalendar


Statistik Pelawat

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterToday40
mod_vvisit_counterYesterday103
mod_vvisit_counterThis week348
mod_vvisit_counterThis month204
mod_vvisit_counterAll39429