Skip to content

Institut Pengajian Tinggi Islam Perlis (IPTIPs) ialah sebuah institusi pengajian milik penuh Yayasan Islam Perlis  (YIPs). Intitusi ini mula beroperasi setelah mendapat kelulusan perakuan pendaftaran pada 20 April 1998 dan No. Pendaftaran 23/98. Beberapa jawatankuasa dibentuk bagi memastikan IPTIPs beroperasi dalam keadaan yang mantap, teguh dan dipercayai. Jawatankuasa tersebut ialah Jawatankuasa Merangka Kurikulum, Jawatankuasa Pakar Menyemak Kurikulum dan Jawatankuasa Pengelola. Keahlian jawatankuasa ini terdiri daripada pakar-pakar dalam pelbagai bidang di peringkat negeri, kebangsaan dan luar negara.

▪ Kemasukan Pelajar
   » Diploma
   » Sijil
   » STAM & PRA
   » STAM
   » Kursus Asas
   » Bahasa Arab
▪ Kursus Yang Ditawarkan
Perancangan Pengajian
▪ Kalendar Akademik
▪ Graduasi

▪ Jabatan Al-Quran & Hadis
▪ Jabatan Usuluddin
▪ Jabatan Syariah
▪ Unit Pentadbiran
▪ Unit Peperiksaan
▪ Unit Promosi
▪ Majlis Pentadbiran Dalaman

▪ Majlis Perwakilan Pelajar
▪ Ko-Kurikulum
▪ Alumni IPTIPs
▪ Program Anak Angkat



DATO' REKTOR IPTIPs KE ARAB SAUDI, MESIR DAN TUNISIA

DYMM TUANKU SYED FAIZUDDIN PUTRA JAMALULLAIL SERTA AHLI MAIPs MENGADAKAN LAWATAN KERJA KE TIMUR TENGAH

Sample ImageDuli Yang Maha Mulia Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail  dengan diiringi Ahli Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) mengadakan lawatan kerja ke beberapa buah negara Timur Tengah iaitu Arab Saudi, Mesir dan Tunisia bermula hari ini (13 Oktober) sehingga 23 Oktober 2009. Turut bersama Rombongan tersebut adalah beberapa pembesar negeri iaitu Menteri Besar Perlis YAB Datuk Seri Dr. Md Isa Bin Sabu, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Agama Islam Jawatankuasa Hadhari dan Pembangunan As-Sunnah YB Tuan Jeffry Bin Othman, Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Zabidi Bin Zainol Abidin, dan beberapa pembesar yang lain. Yang Berbahagia Rektor IPTIPs, Prof. Madya Dato' Alim Setia Ahmad Bin Jusoh, selaku Ahli MAIPs juga antara individu yang bersama di dalam lawatan kerja tersebut. Sample Image

 Lawatan kerja selama 10 hari tersebut adalah untuk mendapatkan beberapa dapatan positif bagi melancarkan pentadbiran institusi Agama Islam di Negeri Perlis selain untuk berjumpa dengan mahasiswa-mahasiswi Malaysia di bumi berkenaan di samping membawa beberapa perbincangan ke arah menjadi pemangkin proses transformasi menaik taraf IPTIPs kepada sebuah kolej universiti. Semoga dengan lawatan tersebut akan membawa kebaikan kepada rakyat di Negeri Perlis dan kepada IPTIPs khususnya.

Lawatan kerja sepuluh hari ini kembali mengingatkan kita kepada idea penubuhan IPTIPs kira-kira 12 tahun lalu, ekoran lawatan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail Ibni Al-Marhum Tuanku Syed Putra Jamalullail yang ketika itu sebagai Raja Muda Perlis ke Timur Tengah bersama ahli-ahli MAIPs.

 

Hebahan

Wednesday, 17 February 2010
LAWATAN MQA
Wednesday, 30 December 2009
Bengkel Pemantapan IPTIPs
Tuesday, 03 November 2009
.

Kalendar


Statistik Pelawat

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterToday50
mod_vvisit_counterYesterday77
mod_vvisit_counterThis week211
mod_vvisit_counterThis month573
mod_vvisit_counterAll39798