Skip to content

Institut Pengajian Tinggi Islam Perlis (IPTIPs) ialah sebuah institusi pengajian milik penuh Yayasan Islam Perlis  (YIPs). Intitusi ini mula beroperasi setelah mendapat kelulusan perakuan pendaftaran pada 20 April 1998 dan No. Pendaftaran 23/98. Beberapa jawatankuasa dibentuk bagi memastikan IPTIPs beroperasi dalam keadaan yang mantap, teguh dan dipercayai. Jawatankuasa tersebut ialah Jawatankuasa Merangka Kurikulum, Jawatankuasa Pakar Menyemak Kurikulum dan Jawatankuasa Pengelola. Keahlian jawatankuasa ini terdiri daripada pakar-pakar dalam pelbagai bidang di peringkat negeri, kebangsaan dan luar negara.

▪ Kemasukan Pelajar
   » Diploma
   » Sijil
   » STAM & PRA
   » STAM
   » Kursus Asas
   » Bahasa Arab
▪ Kursus Yang Ditawarkan
Perancangan Pengajian
▪ Kalendar Akademik
▪ Graduasi

▪ Jabatan Al-Quran & Hadis
▪ Jabatan Usuluddin
▪ Jabatan Syariah
▪ Unit Pentadbiran
▪ Unit Peperiksaan
▪ Unit Promosi
▪ Majlis Pentadbiran Dalaman

▪ Majlis Perwakilan Pelajar
▪ Ko-Kurikulum
▪ Alumni IPTIPs
▪ Program Anak Angkat



HEP anjur Program Ihya Ramadhan IPTIPs

PSample Imageada 2, 3 & 4 September  yang lalu, Hal Ehwal Pelajar (HEP) Institut Pengajian Tinggi Islam Perlis (IPTIPs) telah mengadakan Program Ihya' Ramadhan. Program yang merangkumi 4 majlis itu telah sedikit sebanyak memberikan input bermakna buat seluruh warga IPTIPs. Patisipasi yang baik ditambah semangat kesatuan selurh warganya telah memangkin ke arah kejayaan program tersebut.

Program dimulakan dengan Majlis Tadarus Al-Quran  yang melibatkan halaqah hisbah antara muhtasib dan muhtasab (mentor – mentee jawatankuasa penasihat akademik IPTIPs) pada jam 11.30 pagi, 2 September. Majlis yang dikendalikan oleh Al-Fadhilah Ustazah Karimah Abdullah selaku Dekan dan Al-Fadhilah Ustazah Rokiah Ab Lateh selaku Kaunselor HEP IPTIPs. Majlis tadarus yang diadakan telah menekankan tahsin bacaan Al-Quran dan tadabbur ayat daripada bacaan tersebut.

 Pada 3 September, telah diadakan Majlis Maidatur-Rahman (berbuka puasa) seluruh warga IPTIPs yang dihadiri oleh siswa siswa, para pensyarah dan staff pentadbiran IPTIPs bersama keluarga masing-masing. Majlis dimulai dengan ucapan aluan oleh Yang Berbahagia Prof. Maya Dato' Alim Setia Ahmad Bin Jusoh, selaku Rektor IPTIPs. Yang Berbagagia Dato' Rektor dalam ucapan beliau melahirkan hasrat dan sasaran IPTIPs untuk dinaik taraf sebagai sebuah kolej universiti. Beliau yang cukup optimis dengan kemampuan IPTIPs untuk dinaik taraf kepada kolej universiti turut menyatakan bahawa IPTIPs akan berusaha membuka kursus-kursus baru seperti muamalat, perubatan alternatif Islam, pendidikan, pengurusan produk halal di samping mengekal dan memperkemaskan kursus sedia ada. Proposal juga telah diterima oleh pihak Kerajaan Negeri Perlis dan berharap akan dilaksanakan secepat mungkin. Yang Berbahagia Dato' juga memaklumkan cadangan nama yang telah dipersetujui Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Raja Perlis dan Kerajaan Negeri iaitu, Kolej Universiti Ulil Albab Sirajuddin Jamalullail atau ringkasnya KUSIRAJ.

Majlis diteruskan dengan iftor (berbuka puasa). Selesai Solat Maghrib secara berjemaah, para hadirin dihidangkan dengan amuan makan malam yang telah disediakan oleh pihak Café IPTIPs. Setelah itu, para hadirin menunaikan solat isyak dan diteruskan dengan Majlis Qiam Ramadhan (solat tarawih) yang diimamkan oleh Al-Fadhil Ustaz Mohd Nazim Mohd Noor, selaku Setiausaha Hal Ehwal Pelajar (SU HEP) IPTIPs. Yang Berbahagia Dato' Rektor turut menyampaikan tazkirah antara 4 rakaat tarawih tersebut.

Pada 4 September pula diadakan Majlis Ceramah Targhib Ramadhan 1430 h yang telah disampaikan oleh Al-Fadhil Ustaz Azrizal Mansor, Pensyarah IPTIPs. Beliau menyampaiakan ceramah bertajuk: " Ramadhan dihayati, taqwa dicari, wahdah dibajai." Ceramah tersebut diadakan di Café IPTIPs pada jam 10.00 pagi dan diakhiri dengan penutup program.

Pihak Hal Ehwal Pelajar (HEP) khususnya Penolong Rektor Hal Ehwal Pelajar (HEP), Ustaz Syahrizad Yaziz melahirkan rasa bersyukur di atas kejayaan melaksanakan program tersebut. Pihak HEP ingin mendedikasikan jutaan penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang telah menjayakan program tersebut khususnya kepada Yang Berbahagia Prof. Madya Dato' Alim Setia Ahmad Bin Jusoh selaku Rektor IPTIPs, En. Abu Bakar Bin Saad selaku Pendaftar IPTIPs, Bahagian Kewangan IPTIPs, Barisan Komuniti Kerja Program Ihya Ramadhan, pihak Café IPTIPs, Persatuan Al-Islah Perlis, HEA, Dekan, Ketua-ketua Jabatan, Para Pensyarah, Staff Pentadbiran, presiden dan ajk  Majlis Perwakilan Pelajar (MPP)  PERMAI, siswa siswi, tetamu yang hadir, serta mereka yang terlibat menjayakan program ini samada langsung atau tidak langsung. Semoga Allah SWT menggolongkan kita dalam gologan muttaqin, hasil tarbiah Ramadhan kali ini. Taqabbalallahu minna waminkum. Ahlan ya Ramadhan, ramadhaan kareem, kullu sanah waantum ilallahi aqrab.!

 

Hebahan

Wednesday, 17 February 2010
LAWATAN MQA
Wednesday, 30 December 2009
Bengkel Pemantapan IPTIPs
Tuesday, 03 November 2009
.

Kalendar


Statistik Pelawat

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterToday50
mod_vvisit_counterYesterday77
mod_vvisit_counterThis week211
mod_vvisit_counterThis month573
mod_vvisit_counterAll39798