Skip to content

Institut Pengajian Tinggi Islam Perlis (IPTIPs) ialah sebuah institusi pengajian milik penuh Yayasan Islam Perlis  (YIPs). Intitusi ini mula beroperasi setelah mendapat kelulusan perakuan pendaftaran pada 20 April 1998 dan No. Pendaftaran 23/98. Beberapa jawatankuasa dibentuk bagi memastikan IPTIPs beroperasi dalam keadaan yang mantap, teguh dan dipercayai. Jawatankuasa tersebut ialah Jawatankuasa Merangka Kurikulum, Jawatankuasa Pakar Menyemak Kurikulum dan Jawatankuasa Pengelola. Keahlian jawatankuasa ini terdiri daripada pakar-pakar dalam pelbagai bidang di peringkat negeri, kebangsaan dan luar negara.

▪ Kemasukan Pelajar
   » Diploma
   » Sijil
   » STAM & PRA
   » STAM
   » Kursus Asas
   » Bahasa Arab
▪ Kursus Yang Ditawarkan
Perancangan Pengajian
▪ Kalendar Akademik
▪ Graduasi

▪ Jabatan Al-Quran & Hadis
▪ Jabatan Usuluddin
▪ Jabatan Syariah
▪ Unit Pentadbiran
▪ Unit Peperiksaan
▪ Unit Promosi
▪ Majlis Pentadbiran Dalaman

▪ Majlis Perwakilan Pelajar
▪ Ko-Kurikulum
▪ Alumni IPTIPs
▪ Program Anak Angkat



IPTIPs BAKAL TAWAR PROGRAM PENGAJIAN BARU

IPTIPs 14 DISEMBER 2009 – Institut Pengajian Tinggi Islam Perlis (IPTIPs) bakal menawarkan beberapa bidang pengajian baru dalam masa terdekat. IPTIPs bakal mengadakan kerjasama dengan beberapa pihak untuk mengadakan perbincangan berkaitan dasar, polisi, kurikulum, akreditasi dan pengiktirafan serta student placement (penempatan pelajar). Antara pihak yang sedia meawarkan khidmat rundingan dan konsultansi adalah HPA INDUSTRIES Sdn Bhd, Al-Imam Muhammad Ibn Saud Islamic University, serta beberapa pihak lain. Yang Berbahagia Prof. Madya Dato’ Alim Setia Ahmad Bin Jusoh, Rektor IPTIPs telah mengadakan pertemuan dengan Rektor Al-Imam University. Beliau yang kini sedang berada di Arab Saudi bakal pulang ke tanah air pada 19 Disember ini. Tindakan susulan dan surat respon telah dihantar bagi perbincangan logistik ke arah kerjasama tersebut.

 

Terdekat, pihak IPTIPs bakal mengadakan pertemuan kali ke dua untuk bekerjasama dengan pihak HPA INDUSTRIES. Program pengajian di dalam bidang Perubatan Alternatif Islam dan Komplementari (Islamic Traditional and Complementary Medicine) dijangka bakal diperkenalkan pada Jun 2010.

 

Sample Image“Penawaran sesuatu bidang yang baru harus dinilai kepada market dan peluang pekerjaan. IPTIPs harus menjadi juara di dalam beberapa bidang alternatif yang dapat menggabung jalinkan pengajian Islam dan ilmu-ilmu kontemporari. Komitmen dan kesungguhan Kerajaan Negeri Perlis, dilihat dapat memacu proses transformasi IPTIPs kepada Kolej Universiti Ulil Albab Sirajuddin Jamalullail (KUSIRAJ).” - Demikian ujar En. Abu Bakar Bin Saad, Pendaftar IPTIPs. Penawaran bidang-bidang baru di IPTIPs dilihat amat wajar kerana IPTIPs telah lama ditubuhkan.

 

 “Penawaran bidang-bidang baru di IPTIPs haruslah segera diadakan. IPTIPs bakal menjadi pusat pengajian yang disegani dan terbaik dengan penawaran bidang dan program pengajian yang sedang kita rancangkan.” – Tambah beliau lagi.

 

Penawaran bidang-bidang baru ini adalah sebagai menjunjung titah saranan oleh DYMM Tuank Syed Sirajuddin Putra Ibni Al-Marhum Tuanku Syed Putra Jamalullail, Tuanku Raja Perlis agar IPTIPs harus membuka bidang-bidang pengajian alternatif dan pelbagai selain memperkemas pengajian di bidang  Pengajian Islam dan Bahasa Arab. Apatah lagi, Proposol Menaiktaraf IPTIPs kepada sebuah Kolej Universiti yang telah dibentang oleh Prof. Dr. Zakaria Bin Abas selaku Fasilitator Bengkel Memperkasa IPTIPs telah dipersetujui di dalam Mesyuarat Lembaga Yayasan Islam Perlis yang dipengerusikan oleh YAB Datuk Seri Dr. Md Isa Bin Sabu, Menteri Besar Perlis. YB Datuk Ahmad Zabidi, Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis telah dilantik sebagai pengerusi Jawatankuasa Bertindak Penubuhan KUSIRAJ.

 

Semoga segala perancangan yang telah dibuat diberkati Allah SWT dan akan mempercepatkan proses tranbsformasi IPTIPS kepada Kolej Universiti Ulil Albab Sirajuddin Jamalullail (KUSIRAJ).

 

Sample Image

 

 

Hebahan

Wednesday, 17 February 2010
LAWATAN MQA
Wednesday, 30 December 2009
Bengkel Pemantapan IPTIPs
Tuesday, 03 November 2009
.

Kalendar


Statistik Pelawat

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterToday50
mod_vvisit_counterYesterday77
mod_vvisit_counterThis week211
mod_vvisit_counterThis month573
mod_vvisit_counterAll39798