Skip to content

Institut Pengajian Tinggi Islam Perlis (IPTIPs) ialah sebuah institusi pengajian milik penuh Yayasan Islam Perlis  (YIPs). Intitusi ini mula beroperasi setelah mendapat kelulusan perakuan pendaftaran pada 20 April 1998 dan No. Pendaftaran 23/98. Beberapa jawatankuasa dibentuk bagi memastikan IPTIPs beroperasi dalam keadaan yang mantap, teguh dan dipercayai. Jawatankuasa tersebut ialah Jawatankuasa Merangka Kurikulum, Jawatankuasa Pakar Menyemak Kurikulum dan Jawatankuasa Pengelola. Keahlian jawatankuasa ini terdiri daripada pakar-pakar dalam pelbagai bidang di peringkat negeri, kebangsaan dan luar negara.

▪ Kemasukan Pelajar
   » Diploma
   » Sijil
   » STAM & PRA
   » STAM
   » Kursus Asas
   » Bahasa Arab
▪ Kursus Yang Ditawarkan
Perancangan Pengajian
▪ Kalendar Akademik
▪ Graduasi

▪ Jabatan Al-Quran & Hadis
▪ Jabatan Usuluddin
▪ Jabatan Syariah
▪ Unit Pentadbiran
▪ Unit Peperiksaan
▪ Unit Promosi
▪ Majlis Pentadbiran Dalaman

▪ Majlis Perwakilan Pelajar
▪ Ko-Kurikulum
▪ Alumni IPTIPs
▪ Program Anak Angkat



IPTIPs JALINKAN HUBUNGAN DENGAN AL-IMAM MUHAMMAD IBN SAUD ISLAMIC UNIVERSITY

Sample Image IPTIPs, 26 OKTOBER 2009 - Institut Pengajian Tinggi Islam Perlis (IPTIPs) bakal mengadakan hubungan dengan pihak Al-Imam Muhammad Ibn Saud Islamic University (IMAM University), Riyadh, Arab Saudi. Hubungan tersebut adalah ekoran kunjungan Yang Berbahagia Prof. Madya Dato’ Alim Setia Ahmad Bin Jusoh, Rektor IPTIPs di atas titah mewakili oleh DYTM Tuanku Raja Muda Perlis bagi berjumpa dengan Prof. Dr Suliman A.Abu Al-Khair, selaku Rektor IMAM University. Kunjungan tersebut adalah bersempena dengan Lawatan Kerja DYTM Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail Ibnu Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail dan sekalian ahli Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) ke Arab Saudi, Mesir dan Tunisia baru-baru ini.

Dato' Rektor IPTIPs dan Rektor IMAM UnivDi dalam perjumpaan tersebut, Prof. Dr. Suliman A.Abu Al-Khair, telah memaklumkan bahawa pihak pendatfar IMAM University (Registar) telah menerima perutusan surat yang telah diutuskan oleh Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail Ibni Al-Marhum Tuanku Syed Putra Jamalullail, Tuanku Raja Perlis. Pihak IMAM University akan meneliti beberapa peluang dalam hubungan kerjasama IPTIPs dan IMAM University untuk membantu memperkasa IPTIPs untuk dinaiktaraf kepada sebuah kolej universiti. Di samping pengalaman IMAM University di dalam mewujudkan cawangan di Jakarta, Tokyo dan beberapa negara lagi, IMAM University juga berpandangan IPTIPs mampu untuk menjadi perintis kepada pembudayaan ilmu yang mantap dan kukuh.  

Prof. Madya Dato’ Alim Setia Ahmad Bin Jusoh ketika ditemui di pejabat beliau pagi tadi, melahirkan rasa syukur
di atas kesempatan untuk mengadakan hubungan dengan pihak Al-Imam Muhammad Ibn Saud Islamic University (IMAM University), dan beliau cukup optimis untuk berjaya meneroka peluang perhubungan dengan IMAM University bagi menjadi pemangkin transformasi IPTIPs kepada Kolej Universiti Ulil Albab Sirajuddin Jamalullail (KUSIRAJ). Menurut Dato’ Alim Setia, beliau akan meneruskan perbincangan dan perhubungan dengan pihak IMAM University melalui pihak Kementerian Luar Negeri (Wisma Putra) dan Kedutaan Besar Malaysia Di Riyadh, Arab Saudi.  Dato' Rektor dan TYT Dato' Duta Malaysia Ke Riyadh Pihak Dato’ Rektor juga merakamkan ucapan “Menjunjung Kasih” ke Bawah DYMM Tuanku Raja Perlis dan DYTM Tuanku Raja Muda Perlis, dan ucapan terima kasih Kepada YAB Datuk Seri Dr. Md. Isa Bin Sabu, Menteri Besar Perlis dan Kerajaan Negeri Perlis di atas segala usaha untuk menaiktaraf IPTIPs kepada sebuah Kolej Universiti. Beliau juga merakamkan jutaan penghargaan kepada Pihak Kedutaan Besar Malaysia di Riyadh, Arab Saudi, khususnya kepada TYT Duta Besar Malaysia Ke Riyadh, Prof. Madya Dato' Syed Omar Bin Syed Muhammad As-Saggaff yang juga merupakan mantan Rektor IPTIPs di atas segala layanan dan hospitality sepanjang lawatan. Begitu juga jutaan penghargaan dan terima kasih kepada Kedutaan Besar Malaysia Ke Kaherah, Mesir dan Konsulat di Tunisia serta anak-anak Perlis di Mesir yang banyak membantu ahli-ahli rombongan sepanjang lawatan kerja berkenaan. Semoga dengan kunjungan tersebut akan menjadi pemangkin ke arah merealisasikan penubuhan Kolej Universiti Ulil Albab Sirajuddin Jamalullail (KUSIRAJ).   


 

Hebahan

Wednesday, 17 February 2010
LAWATAN MQA
Wednesday, 30 December 2009
Bengkel Pemantapan IPTIPs
Tuesday, 03 November 2009
.

Kalendar


Statistik Pelawat

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterToday49
mod_vvisit_counterYesterday77
mod_vvisit_counterThis week210
mod_vvisit_counterThis month572
mod_vvisit_counterAll39797