Institut Pengajian Tinggi Islam Perlis (IPTIPs) ialah sebuah institusi pengajian milik penuh Yayasan Islam Perlis (YIPs). Intitusi ini mula beroperasi setelah mendapat kelulusan perakuan pendaftaran pada 20 April 1998 dan No. Pendaftaran 23/98. Beberapa jawatankuasa dibentuk bagi memastikan IPTIPs beroperasi dalam keadaan yang mantap, teguh dan dipercayai. Jawatankuasa tersebut ialah Jawatankuasa Merangka Kurikulum, Jawatankuasa Pakar Menyemak Kurikulum dan Jawatankuasa Pengelola. Keahlian jawatankuasa ini terdiri daripada pakar-pakar dalam pelbagai bidang di peringkat negeri, kebangsaan dan luar negara.
![]() |
![]() |
![]() |
|
▪ Kemasukan Pelajar |
▪ Jabatan Al-Quran & Hadis |
▪ Majlis Perwakilan Pelajar |

| MISI DAKWAH IPTIPs KE KRABI, THAILAND |
|
Pada 30 Oktober hingga 1 November yang lalu, Yang Berbahagia Prof. Madya Dato' Alim Setia Ahmad Bin Jusoh selaku Rektor IPTIPs bersama 20 orang siswa sisiwi Persatuan Silat Seni Pusaka 7 IPTIPs telah mengadakan Misi Dakwah Ke Krabi Thailand.Turut serta bersama rombongan adalah Ustaz Muhammad Ihsan selaku Pensyarah Pengiring. Turut bersama menyertai misi tersebut adalah Persatuan Al-Islah Perlis yang diketuai oleh En. Zubir, serta 20 orang Pendakwah dari Persatuan AnsorusSunnah, Penang, yang diketuai oleh Ustaz Syed Alwi. Difahamkan Ustaz Syed Alwi bersamabeberapa pendakwah lain pernahmengadakan misi dakwah ke Krabi Thailand dan berjaya mengislamkan penduduk tempatan.
Apa yang menariknya, penduduk tempatan di sini
adalah berbangsa Melayu tetapi mereka bukan beragama Islam. Kebanyakan
mereka tidak beragama dan sebahagian telah di'kristian'kan dan
di'budha'kan. Sebuah Kuil sembahan telah didirikan oleh penduduk
tempatan. Berdasarkan tinjuan, hanya golongan tua sahaja yang mampu
berbahasa Melayu, dan kebanyakan generasi muda hanya berbahasa Siam
dan dialek tempatan.
Pihak IPTIPs turut menyampaikan sumbangan
meterial kepada penduduk kampung di samping cuba mendekati mereka
dengan menyampaikan dakwah islamiahkepada penduduk Krabi. Penduduk yang
tinggal di kawasan kepulauan di Thailand ini, mudah didekati dan pihak
rombongan turut mengadakan jamuan kenduri bersama orang kampung dengan
menyembelih 2 ekor kambing.
Semoga misi dakwah ini akan diteruskan untuk
masa-masa akan datang. Pihak IPTIPs merakamkan jutaan penghargaan buat
Persatuan Al-Islah, Persatuan AnsorusSunnah, En. Zubir, Ustaz Syed
Alwi, Para penyumbang untuk misi ini dan semua yang terlibat dalam
menjayakan misi dakwah ini. Hanya Allah SWT sahaja yang mampu
membalasnya.
Rata-rata ahli rombongan khususnya siswa dan
siswi IPTIPs melahirkan rasa syukur di atas pengalaman berada di dalam
misi dakwah ke Krabi ini. Pengalaman yang dikurniakan ini akan lebih
bermakna sekiranya siswa dan siswi IPTIPs dapat meneruskan siri misi
dakwah seperti ini. Pengalaman ini sudah pasti akan digunakan oleh
siswa/wi apabila mereka menamatkan pengajian di IPTIPs ke arah menjamin
materantai perjuangan dakwah ke seluruh alam.
|