Skip to content

Institut Pengajian Tinggi Islam Perlis (IPTIPs) ialah sebuah institusi pengajian milik penuh Yayasan Islam Perlis  (YIPs). Intitusi ini mula beroperasi setelah mendapat kelulusan perakuan pendaftaran pada 20 April 1998 dan No. Pendaftaran 23/98. Beberapa jawatankuasa dibentuk bagi memastikan IPTIPs beroperasi dalam keadaan yang mantap, teguh dan dipercayai. Jawatankuasa tersebut ialah Jawatankuasa Merangka Kurikulum, Jawatankuasa Pakar Menyemak Kurikulum dan Jawatankuasa Pengelola. Keahlian jawatankuasa ini terdiri daripada pakar-pakar dalam pelbagai bidang di peringkat negeri, kebangsaan dan luar negara.

▪ Kemasukan Pelajar
   » Diploma
   » Sijil
   » STAM & PRA
   » STAM
   » Kursus Asas
   » Bahasa Arab
▪ Kursus Yang Ditawarkan
Perancangan Pengajian
▪ Kalendar Akademik
▪ Graduasi

▪ Jabatan Al-Quran & Hadis
▪ Jabatan Usuluddin
▪ Jabatan Syariah
▪ Unit Pentadbiran
▪ Unit Peperiksaan
▪ Unit Promosi
▪ Majlis Pentadbiran Dalaman

▪ Majlis Perwakilan Pelajar
▪ Ko-Kurikulum
▪ Alumni IPTIPs
▪ Program Anak Angkat



PENUBUHAN ILMAM : SATU IKATAN MAHASISWA TIMUR TENGAH

Sample Image
ARAU, 2 DISEMBER 2009 - Duli Yang Teramat Mulia Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail, Raja Muda Perlis telah berkenan menerima mengadap beberapa wakil alumni Ikatan Lepasan Mahasiswa Mesir (ILMAM) di Galeri DiRaja, Istana Arau, Perlis. DYTM Tuanku Raja Muda Perlis berkenan mendengar penerangan berkaitan penubuhan ILMAM bagi Negeri Perlis. Rombongan mengadap DYTM Tuanku Raja Muda Perlis telah diketuai oleh Ustaz Syed Taareg Saggaf, selaku Pengerusi Ikatan Lepasan Mahasiswa Mesir Negeri Perlis bersama 4 orang ahli jawatankuasa yang telah dilantik di dalam Mesyuarat Jawatankuasa Penaja Penubuhan ILMAM Perlis sebelum ini.  ILMAM Malaysia telah didaftarkan sebagai sebuah NGO dengan Pendaftar Pertubuhan Malaysia.

Sample Image

Di dalam pertemuan tersebut, DYTM Tuanku Raja Muda Perlis bertitah melahirkan rasa sukacita di atas inisiatif untuk mewujudkan satu alumni bagi bekas pelajar di Bumi Mesir. Baginda melihat penubuhan ILMAM akan menjadi satu landasan dan medium untuk alumni pelajar Mesir mengadakan pertemuan bagi menyambung kesinambungan ikatan persahabatan di samping dapat memberikan sumbangan kepada masyarakat di Negeri Perlis khususnya. DYTM Tuanku Raja Muda Perlis juga telah menyampaikan beberapa nasihat dan perkongsian untuk lebih memantapkan gerakerja ILMAM Perlis agar ia tampak lebih Ideal dan berperanan dengan lebih baik.

DYTM Tuanku Raja Muda Perlis yang juga merupakan Yang DiPertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) pernah beberapa kali mengadakan lawatan ke Bumi Mesir dan berkenan mengadakan pertemuan bersama mahasiswa Perlis di Mesir. Terbaru, Baginda beserta pembesar negeri dan ahli MAIPs termasuk Prof. Madya Dato' Alim Setia Ahmad Bin Jusoh, Rektor IPTIPs telah mengadakan pertemuan dengan para mahasiswa Perlis di Mesir pada 10 Oktober yang lalu.

Sample Image

Ustaz Mohd Nazim Bin Mohd Noor, Setiausaha Hal Ehwal Pelajar (SU HEP) IPTIPs telah dilantik sebagai Timbalan Pengerusi Ikatan Mahasiswa Mesir Perlis. Semoga dengan tertubuhnya ILMAM Perlis akan memberi peluang kepada bekas-bekas pelajar IPTIPs yang pernah belajar di Bumi Mesir untuk memberikan sumbangan untuk Negeri Perlis yang tercinta ini.

 

Hebahan

Wednesday, 17 February 2010
LAWATAN MQA
Wednesday, 30 December 2009
Bengkel Pemantapan IPTIPs
Tuesday, 03 November 2009
.

Kalendar


Statistik Pelawat

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterToday40
mod_vvisit_counterYesterday103
mod_vvisit_counterThis week348
mod_vvisit_counterThis month204
mod_vvisit_counterAll39429