Skip to content

Institut Pengajian Tinggi Islam Perlis (IPTIPs) ialah sebuah institusi pengajian milik penuh Yayasan Islam Perlis  (YIPs). Intitusi ini mula beroperasi setelah mendapat kelulusan perakuan pendaftaran pada 20 April 1998 dan No. Pendaftaran 23/98. Beberapa jawatankuasa dibentuk bagi memastikan IPTIPs beroperasi dalam keadaan yang mantap, teguh dan dipercayai. Jawatankuasa tersebut ialah Jawatankuasa Merangka Kurikulum, Jawatankuasa Pakar Menyemak Kurikulum dan Jawatankuasa Pengelola. Keahlian jawatankuasa ini terdiri daripada pakar-pakar dalam pelbagai bidang di peringkat negeri, kebangsaan dan luar negara.

▪ Kemasukan Pelajar
   » Diploma
   » Sijil
   » STAM & PRA
   » STAM
   » Kursus Asas
   » Bahasa Arab
▪ Kursus Yang Ditawarkan
Perancangan Pengajian
▪ Kalendar Akademik
▪ Graduasi

▪ Jabatan Al-Quran & Hadis
▪ Jabatan Usuluddin
▪ Jabatan Syariah
▪ Unit Pentadbiran
▪ Unit Peperiksaan
▪ Unit Promosi
▪ Majlis Pentadbiran Dalaman

▪ Majlis Perwakilan Pelajar
▪ Ko-Kurikulum
▪ Alumni IPTIPs
▪ Program Anak Angkat



PERLIS HAB PENDIDIKAN HAMPIR JADI KENYATAAN

HARAPAN YAB MENTERI BESAR MENAIK TARAF IPTIPs KEPADA KOLEJ UNIVERSITI

 

  Sample ImageYAB Datuk Seri Dr. Md Isa Bin Sabu, Menteri Besar Perlis, menaruh harapan untuk menaiktaraf IPTIPs sebagai sebuah kolej universiti menjadi satu kenyataan. Beliau berkata demikian ketika ditemuramah pemberita. Beliau begiru optimis ketika mengulas untuk berusaha menaiktaraf IPTIPs.  

"Selain UniMAP, beberapa IPT lain seperti Universiti teknologi Mara (UiTM), Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin (PTSS) dan Kolej Komuniti, turut memainkan peranan masing-masing dalam membantu melonjakkan ekonomi negeri serta rakyat,” katanya.   Sementara itu, Mad Isa berkata, Perlis kini dalam proses menaik taraf Institut Pengajian Tinggi Islam Perlis (IPTIPs) di Beseri sebagai sebuah kolej universiti, sebagai langkah menyediakan bidang pengajian alternatif terutama bagi pelajar Islam di rantau ini.   IPTIPs bukan sekadar focus kepada Pengajian Islam semata-mata, malah silibus yang diatur menggunakan pendekatan yang diterapkan dengan bidang terkini, demi memenuhi tuntutan pasaran kerja masa kini.   “kita mahu IPTIPs menyediakan pandangan baru kepada dunia Islam kini. Malah, kita yakin dengan penyediaan kursus sedemikian, ia akan lebih diterima ramai, sekaligus mampu menarik lebih banyak pelajar terdiri daripada masyarakat Islam dari luar untuk belajar di Perlis,” katanya.   Mengenai penerimaan terhadap produk pendidikan negeri, Md Isa berkata, ia suatu yang membanggakan apabila ramai pelajar dari luar kini mula tertumpu ke Perlis, sedangkan kebanyakan IPT negeri masih dianggap baru dan muda.   “Kita yakin kelebihan geografi Perlis sebagai penghubung antara Malaysia dan Thailand sedikit sebanyak membantu kemasukan pelajar asing dari luar terutama negara Gajah Putih itu.   “ Selain itu kelebihan muka bumi Perlis yang kondusif untuk tujuan kajian dan penyelidikan (R&D) turut menyokong kemasukan pelajar asing, terutama dalam jurusan kejuruteraan dan perniagaan.  

“Bagi Perlis, kita sentiasa mengalu-alukan kemasukan pelajar dari luar kerana pertembungan budaya dan pemikiran melalui amalan sedemikian mampu menyuntik perubahan positif kepada minda serta tingkah laku kita,” katanya.

 

sumber berita : Berita Harian, Selasa 29 September 2009

 

Hebahan

Wednesday, 17 February 2010
LAWATAN MQA
Wednesday, 30 December 2009
Bengkel Pemantapan IPTIPs
Tuesday, 03 November 2009
.

Kalendar


Statistik Pelawat

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterToday47
mod_vvisit_counterYesterday77
mod_vvisit_counterThis week208
mod_vvisit_counterThis month570
mod_vvisit_counterAll39794