Skip to content

Institut Pengajian Tinggi Islam Perlis (IPTIPs) ialah sebuah institusi pengajian milik penuh Yayasan Islam Perlis  (YIPs). Intitusi ini mula beroperasi setelah mendapat kelulusan perakuan pendaftaran pada 20 April 1998 dan No. Pendaftaran 23/98. Beberapa jawatankuasa dibentuk bagi memastikan IPTIPs beroperasi dalam keadaan yang mantap, teguh dan dipercayai. Jawatankuasa tersebut ialah Jawatankuasa Merangka Kurikulum, Jawatankuasa Pakar Menyemak Kurikulum dan Jawatankuasa Pengelola. Keahlian jawatankuasa ini terdiri daripada pakar-pakar dalam pelbagai bidang di peringkat negeri, kebangsaan dan luar negara.

▪ Kemasukan Pelajar
   » Diploma
   » Sijil
   » STAM & PRA
   » STAM
   » Kursus Asas
   » Bahasa Arab
▪ Kursus Yang Ditawarkan
Perancangan Pengajian
▪ Kalendar Akademik
▪ Graduasi

▪ Jabatan Al-Quran & Hadis
▪ Jabatan Usuluddin
▪ Jabatan Syariah
▪ Unit Pentadbiran
▪ Unit Peperiksaan
▪ Unit Promosi
▪ Majlis Pentadbiran Dalaman

▪ Majlis Perwakilan Pelajar
▪ Ko-Kurikulum
▪ Alumni IPTIPs
▪ Program Anak Angkat



STAM DITERIMA DI IPTA SETARAF STPM

PEPERIKSAAN STAM BERMULA 13 OKTOBER 2009.

INSTITUT PENGAJIAN TINGGI ISLAM PERLIS (IPTIPs) MENGUCAPKAN SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN KEPADA CALON-CALON STAM 2009. SEMOGA BEROLEH KEJAYAAN YANG CEMERLANG (MUMTAZ)

 مع التوفيق والنجاح

IPTIPs sambut baik pengiktirafan STAM

ustazah hasni.jpgYAB Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan bahawa calon Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) kini diterima mengikuti pengajian di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) berikutan keputusan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mengiktiraf peperiksaan itu setaraf dengan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM).

Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin ketika ditemui pemberita berkata keputusan yang dibuat oleh JPA baru-baru ini memberi pengiktirafan kepada calon yang mempunyai kelayakan STAM untuk diterima masuk ke IPTA. Katanya keputusan itu membabitkan kemasukan yang akan datang dan secara menyeluruh berbanding sebelum ini yang hanya diterima oleh sebahagian universiti.

"Dulu ada masalah universiti tertentu saja yang terima (tetapi) mulai sekarang semua universiti yang ada kursus pengajian Islam atau gandingan, akan terima.

"Sekarang memang ada sebahagian universiti yang dah terima, yang jadi masalah sebelum ini ialah universiti dan JPA," katanya.

Pihak Institut Pengajian Tinggi Islam Perlis mengucapkan jutaan penghargaan dan terima kasih kepada YAB Timbalan Perdana Menteri di atas pengumuman tersebut dan berharap agar para pelajar di sekolah-sekolah agama dan bukan sekolah agama mengambil peluang tersebut bagi mendapat tempat bagi melanjutkan pelajaran ke mana-mana IPTA di Malaysia. Pihak IPTIPs terdahulu telah mengiktiraf STAM bagi menduduki program pengajian di peringkat Diploma di IPTIPs bahkan membuka peluang kepada mana-mana pelajar yang tiada asas pendidikan Bahasa Arab bagi menduduki pengajian di program PRA-STAM IPTIPs.

Calon-calon STAM IPTIPs bagi tahun ini bakal menduduki peperiksaan pada. 19 hingga 27 Oktober 2009. Sebarang masalah berkaitan STAM bolehlah diajukan kepada Penyelaras STAM IPTIPs, Ustazah Norhasni Djamhir Syamsuddin. Jadual dan peraturan peperiksaan bolehlah diperolehi daripada laman web Kementerian pendidikan Malaysia

(http://apps2.moe.gov.my/files/Jadual/JadualWaktuSTAM2009.pdf).

 ARTIKEL DIULAS DARI SUMBERBERITA BERNAMA : http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/news_lite.php?id=440501

 

Hebahan

Wednesday, 17 February 2010
LAWATAN MQA
Wednesday, 30 December 2009
Bengkel Pemantapan IPTIPs
Tuesday, 03 November 2009
.

Kalendar


Statistik Pelawat

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterToday49
mod_vvisit_counterYesterday77
mod_vvisit_counterThis week210
mod_vvisit_counterThis month572
mod_vvisit_counterAll39796