Perpustakaan Institut Pengajian Tinggi Islam Perlis telah bermula operasi dan memberi perkhidmatan kepada pelajar dan kakitangan bermula dari awal penubuhan Institut Pengajian Tinggi Islam Perlis iaitu pada 1998. Sejak dari itu ia terus berkembang dari jumlah 100 buah kepada lebih 7000 buah buku sehingga tahun 2009. Pihak pengurusan perpustakaan Institut Pengajian Tinggi Islam Perlis bersedia untuk memberi perkhidmatan terbaik dan menyumbang kepakaran untuk setiap ahli dalam mencapai keperluan maklumat yang dikehendaki disamping bertindak sebagai agen dalam perolehan, pengumpulan dan penyebaran maklumat untuk merealisasikan kepentingan celik maklumat dikalangan warga Institut Pengajian Tinggi Islam Perlis khasnya pelajar dan pensyarah.
Pada masa yang sama, pihak Pengurusan Perpustakaan Institut Pengajian Tinggi Islam Perlis juga amat menggalakkan budaya perkongsian maklumat dan ilmu pengetahuan untuk kebaikan bersama dalam menggembangkan minda. Selain daripada menyediakan perkhidmatan kepada kakitangan Institut Pengajian Tinggi Islam Perlis, kami juga membenarkan pihak luar atau orang perseorangan untuk membuat rujukan bagi tujuan mendalami ilmu agama dan penyelidikan.
VISI
Membina koleksi berkualiti dan memberi kemudahan kepada pengguna seiring dengan perkembangan Islam.
MISI
Memberi perkhidmatan terbaik dan menyumbang kepakaran di dalam pencarian maklumat kea rah warga berilmu.
PIAGAM PELANGGAN
Kami berjanji melaksanakan tanggungjawab:
Menyampaikan maklumat yang terkini, cepat dan tepat kepada pengguna.
Memberi perkhidmatan kepada pelanggan dengan berkesan.
Menyediakan suasana yang selesa kepada pelanggan.
WAKTU PERKHIDMATAN DAN OPERASI
SEMESTER Isnin – Khamis 8.30 pagi – 5.00 petang Jumaat 8.30 pagi – 12. Tengahari, 2.45 petang – 5.00 petang Cuti Umum Tutup
CUTI SEMESTER Isnin – Khamis 8.30 pagi – 5.00 petang Jumaat Tutup Cuti Umum Tutup
KEISTIMEWAAN PENGGUNA SEBAGAI AHLI PERPUSTAKAAN
Memberi perkhidmatan maklumat kepada pengguna dan mengesan maklumat dengan tepat.
Ruang belajar dengan persekitaran yang mesra pengguna.
Kemudahan untuk aktiviti perbincangan dan belajar secara kumpulan.
Koleksi bahan bacaan untuk rujukan dan pinjaman
Koleksi bahan untuk memenuhi keperluan riadah ringan seperti majalah dan akhbar tempatan
Kemudahan bilik berhawa dingin
Koleksi buku, jurnal, pampelat, majalah, keratan akhbar serta bahan media untuk rujukan
Kemudahan sokongan seperti perkhidmatan fotokopi dan kemudahan Internet
Kemudahan komputer untuk tujuan ‘word processing’ dan akses ke Internet.
Kemudahan capaian ke Internet tanpa wayar di kawasan perpustakaan.
KAKITANGAN PERPUSTAKAAN IPTIPs.
Encik Azmir bin Mansor
Pustakawan/ Pensyarah IT
BSc. Information Studies -Hons-(Info. System Management) -Universiti Teknologi MARA Shah Alam
e-mail:
This e-mail address is being protected from spam bots, you need JavaScript enabled to view it
Sedang proses mendapatkan Ijazah Sarjana Muda di UUM
e-mail:
This e-mail address is being protected from spam bots, you need JavaScript enabled to view it
PENDAFTARAN AHLI PERPUSTAKAAN
Semua warga IPTIPs termasuk ahli akademik, pelajar dan kakitangan diberi kemudahan pinjaman dan penggunaan prasarana perpustakaan secara automatic. Pelajar dibenarkan untuk membuat pinjaman sebanyak 5 buah buku dalam satu masa dan pulangan selama 14 hari dari tarikh pinjaman. Kakitangan dan pensyarah dibenarkan untuk meminjam buku sebanyak 10 buah buku pada satu masa dan masa pulangan selama 1 bulan.
Individu yang mendaftar sebagai pelajar Institut Pengajian Tinggi Islam Perlis secara langsung akan didaftarkan sebagai ahli perpustakaan Institut Pengajian Tinggi Islam Perlis. Pelajar perlu menggunakan Kad Pelajar IPTIPs sebagai alat perantaraan kemasukan ke perpustakaan, urusan pinjaman dan perkhidmatan lain. Pelajar diwajibkan untuk memakai kad pelajar sepanjang masa di dalam perpustakaan.
Kakitangan atau staf akan didaftarkan secara automatic sebaik sahaja Jabatan Pendaftaran IPTIPs member pengesahan mengenai status kakitangan baru sebaik sahaja melaporkan diri di Institut Pengajian Tinggi Islam Perlis. Kakitangan perlu untuk mendaftar dalam Sistem Pengurusan IPTIPs terlebih dahulu untuk sebarang pinjaman dan urusan.
Orang awam yang ingin menggunakan sebrang perkhidmatan di Perpustakaan Institut Pengajian Tinggi Islam Perlis boleh terus mendaftar dengan pustakawan bertugas atau menyerahkah surat permohonan jabatan.
PERATURAN PINJAMAN DAN PEMULANGAN
Setiap urusan pinjaman dan pemulangan hendaklah dibuat melalui kakitangan perpustakaan di Bahagian Peminjaman dan Pemulangan.
Pinjaman hanyalah boleh dibuat pada waktu perkhidmatan sahaja.
Pelajar hanya dibenarkan untuk membuat 5 buah pinjaman pada satu masa, pensyarah sebanyak 10 buah.
Tempoh pinjaman yang dibenarkan kepada pelajar ialah 14 hari dan 30 hari untuk pensyarah.
Pelajar dibenarkan untuk memperbaharui tempoh pinjaman melalui kakitangan perpustakaan di Bahagian Peminjaman dan Pemulangan sahaja.
Pelajar dan Pensyarah yang gagal untuk memulangkan waktu selepas tamat tempoh akan dikenakan denda sebanyak RM0.20 sehari termasuk hari cuti.
Pelajar yang menghilangkan buku yang dipinjam akan dikenakan denda sebanyak RM5.00 dan dikehendaki menggantikannya dengan buku yang baru atau membayar harga buku tersebut mengikut harga semasa.
PIHAK PENGURUSAN PERPUSTAKAAN INSTITUT PENGAJIAN TINGGI ISLAM PERLIS BERHAK UNTUK MEMINDA, MENGGUGUR, MENAMBAH ATAU MEMBATALKAN MANA-MANA PERATURAN TANPA SEBARANG NOTIS PEMBERITAHUAN PADA BILA-BILA DIFIKIRKAN PERLU.
PERATURAN AM
Pelajar mestilah menunjukkan kad pelajar kepada kakitangan perpustakaan semasa memasuki perpustakaan.
Pelajar hendaklah memakai kad pelajar ketika berada di dalam perpustakaan.
Pelajar mestilah berpakaian kemas, dan sentiasa bersopan di dalam perpustakaan.
Barangan seperti beg, bungkusan, fail, jaket, topi keledar, paying dan sebagainya hendaklah disimpan di rak yang telah disediakan di luar perpustakaan.
Semua bahan yang dibawa keluar daripada perpustakaan mestilah ditunjukkan kepada kakitangan Bahagian Peminjaman dan Pemulangan.
Tempat duduk di dalam perpustakaan adalah hak umum semua pelajar.
Dilarang sama sekali makan dan minum, merokok, tidur atau melepak di dalam perpustakaan kecuali dibenarkan oleh pihak pengurusan perpustakaan.
Dilarang berbual atau membuat bising yang boleh mengganggu ketenteraman perpustakaan dan pengguna lain.
Dilarang memindahkan koleksi perpustakaan dari satu tempat ke tempat yang lain.
Dilarang membuang sampah merata-rata.
Pengguna mestilah mengembalikan bahan-bahan yang digunakan ke tempat asalnya.
Pengguna yang membuat fotokopi bahan-bahan perpustakaan adalah bertanggungjawab sepenuhnya terhadap perkara-perkara yang berkaitan dengan Akta Hakcipta.
Segala perubahan maklumat pelajar hendaklah dimaklumkan segera kepada kakitangan perpustakaan.
Dilarang menconteng, mengoyak, mencuri dan merosakkan bahan-bahan bacaan terutama buku dan majalah.
Dilarang menyalahguna, mengalih dan merosakkan peralatan perpustakaan.
AKTIVITI DAN KEJAYAAN
Mengikuti kursus/bengkel yang dianjurkan oleh Perbadanan Perpustakaan Negeri Perlis mengenai Membangun Perpustakaan Jabatan.
Jemputan Universiti Malaysia Perlis untuk Majlis Makan Malam antara Perpustakaan Universiti se Malaysia di Dewan Kapitol UNIMAP Kangar, Perlis
Seminar anjuran Universiti Malaysia Perlis sempena mesyuarat antara Perpustakaan Universiti dengan Perpustakaan Negara Malaysia.
Seminar pembangunan sumber maklumat elektronik anjuran PERPUN oleh UNIMAP di Kompleks Pentadbiran Kechor Kangar.
Memenangi Naib Johan Pertandingan Antara Perpustakaan Jabatan tahun 2007.
Jemputan seminar perkhidmatan maklumat Jun 2008 di Hotel Putra Brasmana Kuala Perlis.
Jemputan daripada Perpustakaan Awam Negeri Perlis dengan kerjasama Perpustakaan Negara Malaysia Pusat Penyerahan Terbitan Negara – Taklimat Akta Penyerahan Bahan Perpustakaan 1986, Akta 331.