PENGENALAN
Perpustakaan Institut Pengajian Tinggi Islam Perlis telah bermula operasi dan memberi perkhidmatan kepada pelajar dan kakitangan bermula dari awal penubuhan Institut Pengajian Tinggi Islam Perlis iaitu pada 1998. Sejak dari itu ia terus berkembang dari jumlah 100 buah kepada lebih 7000 buah buku sehingga tahun 2009. Pihak pengurusan perpustakaan Institut Pengajian Tinggi Islam Perlis bersedia untuk memberi perkhidmatan terbaik dan menyumbang kepakaran untuk setiap ahli dalam mencapai keperluan maklumat yang dikehendaki disamping bertindak sebagai agen dalam perolehan, pengumpulan dan penyebaran maklumat untuk merealisasikan kepentingan celik maklumat dikalangan warga Institut Pengajian Tinggi Islam Perlis khasnya pelajar dan pensyarah.
Pada masa yang sama, pihak Pengurusan Perpustakaan Institut Pengajian Tinggi Islam Perlis juga amat menggalakkan budaya perkongsian maklumat dan ilmu pengetahuan untuk kebaikan bersama dalam menggembangkan minda. Selain daripada menyediakan perkhidmatan kepada kakitangan Institut Pengajian Tinggi Islam Perlis, kami juga membenarkan pihak luar atau orang perseorangan untuk membuat rujukan bagi tujuan mendalami ilmu agama dan penyelidikan.
VISI
- Membina koleksi berkualiti dan memberi kemudahan kepada pengguna seiring dengan perkembangan Islam.
MISI
- Memberi perkhidmatan terbaik dan menyumbang kepakaran di dalam pencarian maklumat kea rah warga berilmu.
PIAGAM PELANGGAN
Kami berjanji melaksanakan tanggungjawab:
1. Menyampaikan maklumat yang terkini, cepat dan tepat kepada pengguna.
2. Memberi perkhidmatan kepada pelanggan dengan berkesan.
3. Menyediakan suasana yang selesa kepada pelanggan.
WAKTU PERKHIDMATAN DAN OPERASI
Isnin – Khamis 8.30 pagi – 5.00 petang
Jumaat 8.30 pagi – 12. Tengahari, 2.45 petang – 5.00 petang
Cuti Umum Tutup
SEPANJANG SEMESTER
Isnin – Khamis 8.30 pagi – 5.00 petang
Jumaat Tutup
Cuti Umum 8.30 pagi – 12. Tengahari, 2.45 petang – 5.00 petang
Email Perpustakaan
This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it
Gambar Perpustakaan