You are here:: Perpustakaan Peraturan Pinjaman Buku
 
 

Peraturan Pinjaman Buku

PENDAFTARAN AHLI PERPUSTAKAAN

Semua warga IPTIPs termasuk ahli akademik, pelajar dan kakitangan diberi kemudahan pinjaman dan penggunaan prasarana perpustakaan secara automatic. Pelajar dibenarkan untuk membuat pinjaman sebanyak 5 buah buku dalam satu masa dan pulangan selama 14 hari dari tarikh pinjaman. Kakitangan dan pensyarah dibenarkan untuk meminjam buku sebanyak 10 buah buku pada satu masa dan masa pulangan selama 1 bulan.

Individu yang mendaftar sebagai pelajar Institut Pengajian Tinggi Islam Perlis secara langsung akan didaftarkan sebagai ahli perpustakaan Institut Pengajian Tinggi Islam Perlis. Pelajar perlu menggunakan Kad Pelajar IPTIPs sebagai alat perantaraan kemasukan ke perpustakaan, urusan pinjaman dan perkhidmatan lain. Pelajar diwajibkan untuk memakai kad pelajar sepanjang masa di dalam perpustakaan.

Kakitangan atau staf akan didaftarkan secara automatic sebaik sahaja Jabatan Pendaftaran IPTIPs member pengesahan mengenai status kakitangan baru sebaik sahaja melaporkan diri di Institut Pengajian Tinggi Islam Perlis. Kakitangan perlu untuk mendaftar dalam Sistem Pengurusan IPTIPs terlebih dahulu untuk sebarang pinjaman dan urusan.

Orang awam yang ingin menggunakan sebrang perkhidmatan di Perpustakaan Institut Pengajian Tinggi Islam Perlis boleh terus mendaftar dengan pustakawan bertugas atau menyerahkah surat permohonan jabatan.

PERATURAN PINJAMAN DAN PEMULANGAN

1. Setiap urusan pinjaman dan pemulangan hendaklah dibuat melalui kakitangan perpustakaan di Bahagian Peminjaman dan Pemulangan.

2. Pinjaman hanyalah boleh dibuat pada waktu perkhidmatan sahaja.

3. Pelajar hanya dibenarkan untuk membuat 5 buah pinjaman pada satu masa, pensyarah sebanyak 10 buah.

4. Tempoh pinjaman yang dibenarkan kepada pelajar ialah 14 hari dan 30 hari untuk pensyarah.

5. Pelajar dibenarkan untuk memperbaharui tempoh pinjaman melalui kakitangan perpustakaan di Bahagian Peminjaman dan Pemulangan sahaja.

6. Pelajar dan Pensyarah yang gagal untuk memulangkan waktu selepas tamat tempoh akan dikenakan denda sebanyak RM0.20 sehari termasuk hari cuti.

7. Pelajar yang menghilangkan buku yang dipinjam akan dikenakan denda sebanyak RM5.00 dan dikehendaki menggantikannya dengan buku yang baru atau membayar harga buku tersebut mengikut harga semasa.

PIHAK PENGURUSAN PERPUSTAKAAN INSTITUT PENGAJIAN TINGGI ISLAM PERLIS BERHAK UNTUK MEMINDA, MENGGUGUR, MENAMBAH ATAU MEMBATALKAN MANA-MANA PERATURAN TANPA SEBARANG NOTIS PEMBERITAHUAN PADA BILA-BILA DIFIKIRKAN PERLU.

PERATURAN AM

1. Pelajar mestilah menunjukkan kad pelajar kepada kakitangan perpustakaan semasa memasuki perpustakaan.

2. Pelajar hendaklah memakai kad pelajar ketika berada di dalam perpustakaan.

3. Pelajar mestilah berpakaian kemas, dan sentiasa bersopan di dalam perpustakaan.

4. Barangan seperti beg, bungkusan, fail, jaket, topi keledar, paying dan sebagainya hendaklah disimpan di rak yang telah disediakan di luar perpustakaan.

5. Semua bahan yang dibawa keluar daripada perpustakaan mestilah ditunjukkan kepada kakitangan Bahagian Peminjaman dan Pemulangan.

6. Tempat duduk di dalam perpustakaan adalah hak umum semua pelajar.

7. Dilarang sama sekali makan dan minum, merokok, tidur atau melepak di dalam perpustakaan kecuali dibenarkan oleh pihak pengurusan perpustakaan.

8. Dilarang berbual atau membuat bising yang boleh mengganggu ketenteraman perpustakaan dan pengguna lain.

9. Dilarang memindahkan koleksi perpustakaan dari satu tempat ke tempat yang lain.

10. Dilarang membuang sampah merata-rata.

11. Pengguna mestilah mengembalikan bahan-bahan yang digunakan ke tempat asalnya.

12. Pengguna yang membuat fotokopi bahan-bahan perpustakaan adalah bertanggungjawab sepenuhnya terhadap perkara-perkara yang berkaitan dengan Akta Hakcipta.

13. Segala perubahan maklumat pelajar hendaklah dimaklumkan segera kepada kakitangan perpustakaan.

14. Dilarang menconteng, mengoyak, mencuri dan merosakkan bahan-bahan bacaan terutama buku dan majalah.

15. Dilarang menyalahguna, mengalih dan merosakkan peralatan perpustakaan.