Skip to content
Program Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM)
Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) ialah satu peperiksaan yang mula diperkenalkan pada tahun 2000 hasil kerjasama antara Kementerian Pendidikan Malaysia dengan Al-Azhar Al-Sharif. Peperiksaan lisan dijadualkan akan bermula pada bulan Julai 2000 dan peperiksaan bertulis pada bulan November/Disember 2000


STAM diperkenalkan untuk memastikan pelajar lepasan Sekolah Menengah Agama Negeri (SMAN) dan Sekolah Menengah Agama Rakyat (SMAR) melalui satu sistem pendidikan yang piawai dan diiktiraf di dalam dan di luar negara.

 

 

STAM juga diperkenalkan untuk memastikan pelajar Malaysia yang diterima masuk ke Universiti Al-Azhar dan universiti yang setaraf dengannya di dalam dan di luar negara, terdiri daripada mereka yang benar-benar berkualiti dan dapat memiliki ijazah dalam jangka masa yang paling singkat.

Kemasukkan pelajar Malaysia ke Universiti Al-Azhar kini dibuat melalui lebih kurang 26 jenis sijil yang dikeluarkan oleh kerajaan negeri dan pelbagai sekolah seperti Sijil Tinggi Ugama. STAM diperkenalkan agar sistem dan syarat kemasukan pelajar Malaysia ke Universiti Al-Azhar akan lebih selaras.


Kurikulum yang akan menjadi asas STAM ialah kurikulum Ma'ahad Bu'uth Al-Azhar yang telah dipersetujui antara Kementerian Pendidikan Malaysia dengan Al-Azhar Al-Sharif, Kaherah, Mesir dan digunapakai sekarang di SMAN dan SMAR di negara ini.


1 Hifz Al-Quran dan Tajwid (Bertulis dan Lisan)
2 Fiqh (Bertulis)
3 Tauhid (Bertulis)
4 Tafsir dan Ulumuhu (Bertulis)
5 Hadith dan Mustolah (Bertulis dan Lisan)
6 Mantiq (Bertulis)
7 Nahu (Bertulis)
8 Sarf (Bertulis)
9 Insya' (Bertulis)
10 Adab dan Nusus (Bertulis)
11 Mutala'ah (Lisan)
12 Arud dan Qafiyah (Bertulis)
13 Balaghah (Bertulis)

Tempoh pengajian adalah seperti berikut :

  • Sekurang-kurangnya 1 tahun bagi pelajar yang lulus Bahasa Arab SPM ( percubaan SPM diambil kira )
  • Sekurang-kurangnya 2 tahun bagi pelajar yang gagal atau tidak mengambil Bahasa Arab SPM.

Pelajar yang lulus STAM layak menyambung pengajian ke peringkat ijazah di Universiti Al-Azhar ( tahun 1 ), IPTA dan IPTS tempatan serta mengikuti diploma di IPTIPs ( layak dipertimbangkan ke semester 3 ).

 

YURAN PENGAJIAN BARU DIPLOMA DAN PRA STAM

BILYURAN JUMLAH (RM)
1
Pendaftaran
30.00
2
Perkhidmatan
30.00
3
Cagaran Asrama*
50.00
4
Perpustakaan dan Komputer
50.00
5
Takaful 
20.00
6
Kad Pelajar
15.00
7
Ko Kurikulum
30.00
8
Suaikenal*
15.00
9
Permai (Perwakilan Mahasiswa IPTIPs)
10.00
10
Pakaian Rasmi*
60.00
11
Pengangkutan
150.00
 12
Pengajian  
750.00 
 13
 Asrama
 250.00
JUMLAH
1,460.00

 

 

* Untuk satu semester sahaja
* Bayaran tidak berulang

YURAN PELAJAR BARU STAM (1 SESI PENGAJIAN)

 

BILYURAN JUMLAH (RM)
1
Pendaftaran
30.00
2
Perkhidmatan
60.00
3
Cagaran Asrama*
50.00
4
Perpustakaan dan Komputer
100.00
5
Takaful 
40.00
6
Kad Pelajar
15.00
7
Ko Kurikulum
60.00
8
Suaikenal*
15.00
9
Permai (Perwakilan Mahasiswa IPTIPs)
20.00
10
Pakaian Rasmi*
60.00
 11
 Yuran Peperiksaan STAM*
 300.00
12
Pengangkutan
300.00
 13
Pengajian  
1,000.00 
 14
 Asrama
 500.00
JUMLAH
2,550.00

 

  

 

Hebahan

Wednesday, 17 February 2010
LAWATAN MQA
Wednesday, 30 December 2009
Bengkel Pemantapan IPTIPs
Tuesday, 03 November 2009
.

Kalendar


Statistik Pelawat

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterToday40
mod_vvisit_counterYesterday103
mod_vvisit_counterThis week348
mod_vvisit_counterThis month204
mod_vvisit_counterAll39428