Skip to content

Institut Pengajian Tinggi Islam Perlis (IPTIPs) ialah sebuah institusi pengajian milik penuh Yayasan Islam Perlis  (YIPs). Intitusi ini mula beroperasi setelah mendapat kelulusan perakuan pendaftaran pada 20 April 1998 dan No. Pendaftaran 23/98. Beberapa jawatankuasa dibentuk bagi memastikan IPTIPs beroperasi dalam keadaan yang mantap, teguh dan dipercayai. Jawatankuasa tersebut ialah Jawatankuasa Merangka Kurikulum, Jawatankuasa Pakar Menyemak Kurikulum dan Jawatankuasa Pengelola. Keahlian jawatankuasa ini terdiri daripada pakar-pakar dalam pelbagai bidang di peringkat negeri, kebangsaan dan luar negara.

▪ Kemasukan Pelajar
   » Diploma
   » Sijil
   » STAM & PRA
   » STAM
   » Kursus Asas
   » Bahasa Arab
▪ Kursus Yang Ditawarkan
Perancangan Pengajian
▪ Kalendar Akademik
▪ Graduasi

▪ Jabatan Al-Quran & Hadis
▪ Jabatan Usuluddin
▪ Jabatan Syariah
▪ Unit Pentadbiran
▪ Unit Peperiksaan
▪ Unit Promosi
▪ Majlis Pentadbiran Dalaman

▪ Majlis Perwakilan Pelajar
▪ Ko-Kurikulum
▪ Alumni IPTIPs
▪ Program Anak Angkat



.
Untuk pautan borang pendaftaran sila klik pada Unit Promosi dan Kemasukan
Sample Image
Read more...
 
LAWATAN MQA
LAWATAN PANEL PENILAI AGENSI KELAYAKAN MALAYSIA (MQA) KE IPTIPs

 

IPTIPs -17 Februari 2010, Institut Pengajian Tinggi Islam Perlis (IPTIPs) telah dikunjungi oleh Lawatan Panel Penilai Akreditasi Malaysian Qualification Agency-Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) bagi proses akreditasi penuh Diploma Usuluddin IPTIPs. Pihak penilai yang terdiri daripada Dr. Ahmad Zuhdi B Ismail dari Universiti Malaya (UM) selaku Ketua Ahli Panel Penilai, Dr. Mohd Radhi Bin Ibrahim dari Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) selaku Ahli Panel Penilai dan En. Kamarul Bakri bin Abdul Aziz selaku Penolong Pengarah Kanan Akreditasi MQA. Pihak panel penilai telah tiba pada jam 9.00 pagi di IPTIPs dan disambut oleh pihak pengurusan IPTIPs.

 

Sample Image

 

Agenda Lawatan Penilai Akreditasi tersebut dimulakan dengan taklimat mengenai IPTIPs dan ucapan alu-aluan oleh Yang Berbahagia Prof. Madya Dato’ Alim Setia Haji Ahmad Bin Jusoh selaku Rektor IPTIPs. Sidang yang hadir juga telah mendengar pembentangan pembangunan dan transformasi IPTIPs kepada Kolej Universiti Ulil Albab Sirajuddin Jamalullail (KUSIRAJ) oleh Ustaz Mohd Nazim Bin Mohd Noor, Penolong Rektor Hal Ehwal Akademik (HEA) IPTIPs. Taklimat dan pembentangan tersebut telah dibuat di Teaching Acsess Centre-TAC (Pusat Akses Pembelajaran).

 

Sample Image

 

Pihak panel berhenti rehat selama 15 minit dan memulakan sesi pertemuan dengan Penolong Rektor Hal Ehwal Akademik (HEA), Ustazah Karimah Binti Abdullah selaku Dekan dan Ustaz Muhammad Ihsan Bin Idris selaku Ketua Jabatan Usuluddin dan Al-Quran Wal-Hadith. Sejurus selepas itu, sekumpulan pensyarah yang terlibat di dalam Diploma Usuluddin seperti Ustaz Abdul Roning Keeya, Ustaz Abdulase Kalupe, Ustazah Norhasni Djamir Syamsuddin dan En. Zainol Bin Hassan telah dinilai oleh pihak panel penilai (APP).

 

Sample Image

 

Selepas itu, pihak Panel Penilai berhenti untuk makan tengahari dan meneruskan pertemuan bersama wakil Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Persatuan Mahasiswa IPTIPs (PERMAI) yang diketuai oleh Saudara Mohd Asyraf selaku Presiden MPP serta mengadakan pertemuan dengan sekumpulan pelajar Diploma Usuluddin. Pihak panel penilai juga telah mengadakan lawatan ke sekitar kawasan IPTIPs bagi melihat pusat-pusat sumber pendidikan dan prasarana IPTIPs.

 

Pada jam 6.00 petang pihak panel telah megadakan Mesyuarat Penyelarasan Akhir (Exit meeting) dengan pihak pengurusan IPTIPs dan para pensyarah Usuluddin IPTIPs. Antara barisan pensyarah yang terlibat selain pihak pengurusan IPTIPs, HEA, Dekan, Ketua-ketua Jabatan, pensyarah Auditee dan selurug pensyarah Jabatan Usuluddin dan Al-Quran Wal-Hadith. Di dalam mesyuarat tersebut, pihak penilai memaklumkan beberapa cadangan dan saranan kea rah memantapkan lagi pentadbiran dan pengurusan akademik IPTIPs. Selain itu, pihak Hal Ehwal Akademik juga telah diberikan pujian dan ucapan syabas kerana telah berjaya menyediakan persiapan fail yang sangat tersusun dan persediaan yang sangat rapi sebelum kedatangan lawatan MQA bahkan pihak panel mencadangkan agar IPTIPs berusaha mendapatkan standard pengurusan ISO berdasarkan kecemerlangan sistem pemfailan IPTIPs.

 

Sample Image

 

Pihak Hal Ehwal Akademik mengucapkan jutaan penghargaan dan terima kasih kepada pihak panel penilai iaitu; Dr. Ahmad Zuhdi Ismail, Dr. Mohd Radhi Ibrahim, dan En, Kamarul Bakri Abdul Aziz yang telah menjalankan penilai bagi melangsungkan akreditasi kepada IPTIPs. Juga ucapan terima kasih di atas segala cadangan dan saranan kea rah memantapkan IPTIPs. Pihak HEA juga ingin mendedikasikan jutaaan penghargaan kepada Yang Berbahagia Prof. Madya Dato’ Alim Setia Haji Ahmad Bin Jusoh, Rektor IPTIPs dan Yang Berusaha En. Abu Bakar Bin Saad, Pendaftar IPTIPs di atas segala kerjasama, buah fikiran dan bantuan yang telah diberikan.

 

Sample Image

 

Di kesempatan ini juga, pihak Hal Ehwal Akademik merakamkan penghargaan kepada mereka yang bertungkus lumus untuki menjayakan Lawatan Panel Penilai Akreditasi Penuh Diploma Usuluddin. Mereka yang dimaksudkan adalah : Ustazah Karimah Binti Abdullah selaku Dekan IPTIPs, Ustaz Muhammad Ihsan Bin Idris        selaku Ketua Jabatan Usuluddin dan Al-Quran Wal-Hadith, Ustazah Nortasniyah Binti Bahauddin selaku Ketua Jabatan Bahasa Arab, Ustaz Muhammad Fadhli Bin Ilias selaku Ketua Jabatan Syariah, Ustazah Rokiah Binti Ab Lateh selaku Ketua Unit Peperiksaan, En. Izwan Nurli selaku Setiausaha Unit Peperiksaan, Prof. Madya Dr. Amani Ali ElMetwally, barisan pihak Auditee dari kalangan Pensyarah ; Ustaz Abdul Roning Keeya, Ustaz Abdulase, Ustazah Norhasni, En. Zainol Hassan, barisan pensyarah Jabatan Usuluddin dan Al-Quran Wal-Hadith; Ustaz Mohd Juzaili Juhan, Ustaz Erwan Bin Jamil, seluruh pensyarah yang turut memberikan sumbangan; Ustaz Abd Rahman, Ustaz Md Radzi, Ustaz Ahmad Fikri, Ustaz Azrizal, Ustaz Md Rizauddin, Ustaz Husni Mubarak, Tn. Syed Akhir As-Saggaf dan Ustaz Torleh.

 

Sample Image

 

HEA juga mengambil kesempatan mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak pentadbiran IPTIPs khususnya kepada pihak kewangan di atas segala kerjasama memenuhi kehendak & keperluan sempena lawatan ini ; Pn. Harlina Binti Abdul Wahid & Cik Afizah Binti Abdul Rahman, pihak pentadbiran ; En. Othman, En. Wan Ahmad Sofi, En. Ku Khalid, pihak Perpustakaan ; Pn. Nurul Hazemira Binti Abdul Rahman & Cik Siti Fatimah Binti Mahmood, staf sokongan ; En Suaid Darus, En, Zainol Mohammad & Pn. Ezahton dan pihak Cafe IPTIPs.

 

Selain itu, jutaan syabas dan tahniah pihak Auditee yang terdiri dari kalangan pelajar dari Majlis Perwakilan Pelajar (MPP), seluruh pelajar Diploma Usuluddin dan seluruh siswa siswi IPTIPs di atas segala kerjasama baik yang telah diberikan ke arah memartabatkan IPTIPs bagi merealisasi KUSIRAJ.  Tidak dilupakan juga pihak HEA ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Penolong Rektor Hal Ehwal Pelajar (HEP), Ustaz Syahrizad Bin Yaziz yang telah bertungkus lumus memberikan sumbangan tenaga dan buah fikiran sebelum berangkat menunaikan umrah di tanah haram.

 

Semoga dengan lawatan ini akan memacu proses transformasi IPTIPs dan menjadi pengalaman yang sangat bermakna untuk kita semua walaupun tanpa sesiapa bersama kita.  Syabas dan tahniah kepada semua.

 

Firman Allah SWT : ”Barangsiapa yang datang dengan 1 kebaikan, maka baginya (balasan)  dengan 10 kebaikan sepertinya, dan barangsiapa yang datang dengan 1 kejahatan maka baginya (balasan) sepertinya.”

 

BERKHIDMAT KERANA ALLAH UNTUK NEGARA

ISLAM TANGGUNGJAWAB KITA BERSAMA

KE ARAH SEBUAH KOLEJ UNIVERSITI-MEREALISASI KUSIRAJ

 

 

Salam penuh hormat;

 

MOHD NAZIM BIN MOHD NOOR

Penolong Rektor Hal Ehwal Akademik (HEA),

Institut Pengajian Tinggi Islam Perlis.

 
MEREALISASI TRANSFORMASI IPTIPs

KUSIRAJ : MENJANA MODAL INSAN ULIL-ALBAB

 Sample Image

KANGAR : Kolej Universiti Ulil-Albab Sirajuddin Jamalullail (KUSIRAJ) bakal menjana modal insan Ulil-Albab. IPTIPs sangat komited untuk terus melakukan penambah baikan sama ada dari segi fizikal atau bukan fizikal. Hal ini dikukuhkan dengan kunjungan Duli Yang Teramat Mulia Tuanku Syed Faizuddin Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail, Raja Muda Perlis dan DYTM Raja Puan Muda Perlis bersama Pengarah BAITULMAL Negeri Perlis,    Pengarah JAIPs, Pengerusi BAITULMAL ,   Pengarah JKR    dan beberapa pengiring peribadi   Baginda pada 8 Januari 2010. Baginda mengadakan kunjungan bagi melihat dengan lebih dekat persekitaran IPTIPs   yang memerlukan transformasi.   IPTIPs juga menerima kunjungan   Dato' Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis dan Pengarah JAIPs pada minggu berikutnya untuk melihat beberapa bentuk bantuan yang boleh disalurkan kepada IPTIPs. Berikutan itu, pada 19 Januari,  satu mesyuarat telah diadakan di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis di Kompleks  Dewan Undangan  Negeri Perlis bagi membincangkan plan strategik ke arah memacu transformasi IPTIPs. Semoga ia akan menjadi pemangkin ke arah merealisasikan kewujudan  KUSIRAJ.

Sample Image

 


 

PENSTRUKTURAN PENGURUSAN AKADEMIK

 

           TERIMA KASIH & TAHNIAH

 

 

IPTIPs : Pihak pentadbiran dan seluruh warga IPTIPs mengucapkan jutaan penghargaan dan terima kasih kepada Mantan Penolong Rektor Hal Ehwal Akademik, Ketua-ketua Jabatan, dan Ketua Unit Peperiksaan di atas sumbangan khidmat bakti serta buah fikiran ke pengurusan akademik yang cemerlang. Jasa dan sumbangan mereka sangat besar ertinya kepada IPTIPs khususnya, dan kepada Islam amnya. 

 

Mereka yang sangat berjasa kepada IPTIPs tersebut adalah :

 

1. Prof. Madya Dr. Amani Ali Ibrahim ElMetwally 

    (Mantan Pen Rektor HEA)

2. Ustaz Abdulase Kalupe (Phd USM)  

      (Mantan Ketua Jabatan Al-Quran Hadith)

3. Ustaz Abdul Roning Keeya  

    (Mantan Ketua Jabatan Usuluddin)

4. Ustaz Torleh Mamare 

    (Mantan Ketua Jabatan Syariah)

5. Ustazah Nor Tasniyah Binti Bahauddin

    (Mantan Ketua Unit Peperiksaan)

 

Sekalung tahniah diucapkan kepada Saff Pengurusan Akademik yang baru dilantik. Mereka yang baru dilantik adalah :

 

1. Ustaz Mohd Nazim Bin Mohd Noor 

    (Penolong Rektor Hal Ehwal Akademik)

2. Ustaz Muhammad Ihsan Bin Idris

    (Ketua Jabatan Usuluddin & Al-Quran wal-Hadith)

3. Ustaz Mohammad Fadhli Bin Ilias 

    (Ketua Jabatan Syariah)

4. Ustazah Nor Tasniyah Binti Bahaudin 

    (Ketua Jabatan Bahasa Arab)

5. Ustazah Rokiah Binti Ab. Lateh 

     (Ketua Unit Peperiksaan) 

Semoga penstrukturan pengurusan akademik IPTIPs 2010 ini akan menjadi pemangkin ke arah merealisasikan KUSIRAJ.

 

 

REKTOR IPTIPs DILANTIK SEBAGAI HAKIM RAYUAN MAHKAMAH SYARIAH NEGERI PERLIS

PERLANTIKAN REKTOR BUKTI PENGIKTIRAFAN TRADISI KEILMUAN IPTIPs

 

ARAU – Rektor Institut Pengajian Tinggi Islam Perlis (IPTIPs), Prof. Madya Dato’ Alim Setia Haji Ahmad Bin Jusoh, telah dilantik sebagai Hakim Rayuan, Mahkamah Syariah Negeri Perlis berkuatkuasa sehingga Ogos 2011. Watikah pelantikan tersebut telah termaktub di Istana Arau oleh DYMM Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Al-Marhum Tuanku Syed Puta Jamalullail, Tuanku Raja Perlis.
 Sample Image
Perlantikan tersebut merupakan satu penghormatan kepada Yang Berbahagia Prof. Madya Dato’ Alim Setia Haji Ahmad Bin Jusoh dan pihak Institut Pengajian Tinggi Islam Perlis (IPTIPs). Selain dilantik sebagai Hakim Mahkamah Rayuan, Yg Bhgia Dato’ Alim Setia juga telah dilantik sebagai Penolong Pendaftar Perkahwinan Negeri Perlis.
 
Mahkamah Syariah Perlis telah ditubuhkan sejak sebelum Merdeka iaitu dalam tahun 1340H bersamaan dengan 1921M.  Penubuhannya berdasarkan kepada Undang-Undang Mahkamah Syariah Tahun 1340H (Undang-Undang Perlis No.15 tahun 1340H).   Penubuhannya di bawah Undang-Undang ini terus terpakai sehinggalah digantikan dengan Undang-Undang Pentadbiran Agama Islam Negeri Perlis 1963 (Undang-Undang No.3 tahun 1964) di bawah seksyen 11.
 
Antara Hakim Mahkamah Rayuan Syariah Negeri Perlis adalah ;Y.A.A. Datuk Haji Ibrahim Bin Lembut (Ketua Pengarah  JKSM), Y.A. Dato' Haji Muhamad Asri Bin Abdullah (Hakim Rayuan JKSM), Y.A. Datuk Haji Abu Bakar Bin Ahmad (Hakim Rayuan JKSM), Dr. Haji Arshad Bin Haji Taib (Ahli Majlis Agama Islam Perlis) dan Prof. Madya Dato' Alim Setia Haji Ahmad Bin Jusoh.

Pihak IPTIPs mengucapkan jutaan tahniah kepada Prof. Madya Dato’ Alim Setia Ahmad Bin Jusoh di atas perlantikan tersebut – infoIPTIPs
 
<< Start < Prev 1 2 3 4 5 Next > End >>

Results 1 - 4 of 20

Hebahan

Wednesday, 17 February 2010
LAWATAN MQA
Wednesday, 30 December 2009
MEREALISASI TRANSFORMASI IPTIPs
Wednesday, 30 December 2009
Bengkel Pemantapan IPTIPs

Kalendar


Statistik Pelawat

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterToday12
mod_vvisit_counterYesterday96
mod_vvisit_counterThis week508
mod_vvisit_counterThis month1170
mod_vvisit_counterAll25085