You are here:: Home
 
 

Lawatan Verifikasi Kolej TAJ ke IPTIPs

31 Januari  – Institut Pengajian Tinggi Islam Perlis (IPTIPs) telah menerima lawatan daripada TAJ International College. Lawatan yang dibuat adalah hasil daripada perbincangan pihak Yayasan Islam Perlis bersama CEO Kolej TAJ untuk menjalankan kerjasama dalam usaha untuk membantu IPTIPs menawarkan kursus-kursus baru yang mempunyai pasaran dan skop kerjaya yang lebih menarik.

TAJ diketuai oleh Puan Tina bt. Dato’ Tajudin selaku CEO Kolej dan 4 orang pegawai yang bersama-sama untuk membuat lawatan verifikasi untuk proses penambahbaikan struktur IPTIPs bagi memenuhi kehendak semasa dunia pendidikan.

Setelah membuat lawatan selama hampir 2 jam, sekitar jam 11.20 pagi hingga 1.00 tengahari di sekitar Kampus IPTIPs dan di asrama siswa/siswi, rombongan TAJ telah sudi untuk menjamu selera makan tengahari di Kafeteria IPTIPs.

Mesyuarat “Exit Meeting” telah berlangsung pada jam 2.00 petang bagi membincangkan penemuan dan hasil daripada lawatan yang telah dibuat pada sebelah pagi. Secara keseluruhannya, IPTIPs sebenarnya mempunyai kekuatan tersendiri yang telah diakui sendiri oleh Puan Tina (CEO TAJ). Banyak cadangan dan saranan yang amat bernas telah diberikan dan pihak IPTIPs secara dasarnya bersetuju dengan cadangan yang dibuat.

Harapan IPTIPs agar kerjasama ini akan membuahkan hasil yang membanggakan dan IPTIPs akan lebih berdaya saing setanding dengan Kolej-Kolej Islam yang lain.

Gambar lawatan di bawah